“Elaun kehadiran DUN S’ngor naik 6 kali ganda!” – Speaker

Speaker DUN Selangor, Ng Sue Lim mempertimbang  menaikkan elaun kehadiran untuk para ADUN di Dewan Undangan Negeri Selangor sehingga 6 kali ganda untuk menggalakkan sesi perbahasan dihadiri semua adun.

Beliau berkata amat penting untuk memiliki dewan yang aktif, terutamanya dengan pembangkang hanya mempunyai lima daripada 56 kerusi DUN.

Menurut laporan Malaysiakini, Ng berkata pembangkang yang kuat diperlukan bagi menyemak kerajaan yang memerintah supaya memastikan kecekapan urus tadbir dan mencegah rasuah serta memelihara kualiti cabang legislatif itu.

Pembangkang yang lemah akan menghalang kualiti perbahasan di dalam dewan, katanya.

“Saya akan mencari cara untuk menggalakkan ADUN, terutamanya wakil rakyat yang baru daripada kedua-dua pihak supaya dapat menggunakan platform ini dengan sebaik-baiknya bagi berbahas isu yang berkaitan (kepentingan) rakyat. Ini antara cabaran saya,” – Ng Sue Lim 

Ikut elaun parlimen

Ng, yang juga ADUN Sekinchan mencadangkan kenaikan enam kali ganda elaun kehadiran ADUN iaitu daripada elaun sekarang yang berjumlah RM75 sehari kepada antara RM300 hingga RM500 sehari, sama seperti amalan parlimen.

“Elaun lama ini yang bertujuan untuk menggalakkan kehadiran penggubal undang-undang tidak cukup menarik.

Elaun RM75 sehari telah ditetapkan selama berdekad-dekad,”  – Ng Sue Lim 

Beliau berkata jika langkah ini dilaksanakan kerajaan negeri sepatutnya memiliki kemampuan untuk menampung kenaikan ini.

Netizen berang

Di media sosial, cadangan Ng Sue Lim ini dikritik hebat oleh netizen.

Muazzam Ghani Untungla… Rakyat tengah tersepit, diorang dapat kenaikan lak.
Ada ke patut nak naikkan Elaun kedatangan semata mata nak make sure ADUN datang persidangan?  Patut potong je Elaun kalau tak datang..

Syed Nabil Syed Ahmad Untung jadi YB… gaji dah 20k sebulan… dtg dewan 3 bulan sekali yg memang keje dia dapat lagi elaun kehadiran…
Rakyat duduk tersepit mcm tu jugak

Kunasekaran Krishnan Keputusan paling kurang bijak..ADUN dan Pengarah Syarikat…?/wakil.rakyat…setahun berapa Kali Persidangan DUN? Naik elaun? Potong elaun ..bukan gandakan elaun.

Muhamad Fitrey Gaji kakitangan kjaan geng2 lu ckp xboleh naik,elaun kehadiran lu nak naik senang2 smpai 300-500..next time rkyat akan buang lu sbb cadangan xbernas langsung,otak mana otak?

田则 Gaji dan pelbagai benefit dah input , ni nak bagi elaun ala bonus lagi ? Patutlah perbelanjaan kerajaan naik pecut , perbelanjaan akhirnya ditanggung rakyat. Kenapa tidak pecat terus utk dun yg melebihi had ponteng ? Tak nak kerja boleh belah , byk yg nak beratur masuk dewan khidmat utk negeri dan negara. Speaker sila berfikir sepuluh kali sebelum mengambil langkah tambah beban hasil cukai penat rakyat bayar

Aniz Dyra Ini salah satu cara nak menyapu ke?? rakyat pilih wakil rakyat untuk bekerja, takkan pi buat kerja nak kena bagi elaun juga.. rakyat diseru untuk menderma tabung harapan wakil rakyat pula bergembira dgn hasil negara.. kalau ada wakil rakyat yg ponteng sepatut parti harus ambil tindakan dan tidak calon kan lagi di pru akan datang..

Azroy Azlan Naik elaun untuk elak ponteng? Tak perlu rasanya.. Biar yang datang tu semua yang benar-benar nak berjuang untuk rakyat.. Bukan yang datang sebab elaun.. Kalau datang semata-mata sebab elaun, tapi buat onar dalam dewan, baik tak payah.. Tapi cadangan untuk papar kehadiran tu boleh teruskan.. Biar rakyat dapat menilai prestasi wakil rakyat mereka.

Pada PRU 14 lepas, Pakatan Harapan menang besar di Selangor dengan menyapu 51 kerusi manakala pembangkang hanya mendapat 5 kerusi.

AMANAH (5)
BERSATU (5)
PKR (28)
DAP (13)
UMNO (4)
PAS (1)

-TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.