Menilai 100 hari Pakatan Harapan

Pendapat oleh : thehjOsaMa

Pilihanraya umum telah 100 hari berlalu. Rakyat telah memilih untuk menggantikan kerajaan di Putrajaya dengan kerajaan baru. Kerajaan yang kononnya lebih baik dan memahami denyut nadi rakyat.

Namun begitu, ternyata 100 hari bukanlah waktu yang secukupnya untuk sebuah kerajaan menunaikan kesemua janji manifestonya. Lebih memeritkan janji- janji yang besar misalnya penurunan harga minyak, penghapusan tol, penghapusan PTPTN lansung tidak tertunai. Alasannya robek yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu terlalu teruk.

Lebih tragisnya, Pas terus dipersalahkan. Seakan semuanya adalah salah Pas. Pelik lagi aneh. Anda semua telah menang dan kerajaan telah bertukar tangan, kenapa Pas terus dipersalahkan.

Bila Pas kelihatan sedikit lunak dengan Umno bermula di PRK Sungai Kandis dan Seri Setia, Pas diratib ‘bernikah’ dengan Umno. Cybertrooper Pakatan Harapan seakan mendapat nafas baru untuk melalaikan rakyat dengan kegagalan manifesto mereka.

39583830_2254381111458838_6766776405695922176_n.png
PAS dan UMNO pertama kali berkempen bersama-sama secara terbuka di PRK Seri Setia.

Rakyat terbanyak sudah mula berani mempersoalkan janji- janji manis Pakatan Harapan. Hampir tiada satu pun yang ‘berbekas’ tentang manifesto mereka. Lebih banyak yang klu dan klex nya.

Pas yang konsisten membangkang kerajaan dianggap lebih ‘sedap’ untuk dihentam berbanding janji- janji manifesto pilihanraya. Seakan kita melihat macai- macai zaman umno hidup kembali. Menyokong dan menjilat seakanya tiada beza walau sedikit pun.

Secara lojiknya, Pas dan Umno sama- sama di blok pembangkang. Kalau pun tidak bersatu secara nyata, Pas dan Umno akan kelihatan ‘bersatu’ kerana sama- sama pembangkang. Malah kalaulah Pas dan Umno bersatu, apa yang Pakatan Harapan kerugian?

Sepatutnya sebagai rakyat, pembangkang yang kuat adalah sangat baik kerana ia akan menjadi ‘check and balance’ dalam memberi keuntungan kepada rakyat. Yang paling penting rakyat mendapat kebaikannya.

Akhirnya, rakyat telah bersuara, rakyat sedang memerhati dan rakyat sedang merasai segala janji dan manifesto yang di janjikan. Rakyat juga tidak tega untuk sekali lagi menukar kerajaan seandainya Pakatan Harapan juga tiada bezanya dengan kerajaan terdahulu. Ini masanya untuk kita lebih merasai kehendak rakyat.


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.