BEIJING, 20 Ogos: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap China bersimpati dan membantu keadaan fiskal negara Malaysia ketika beliau bertemu dengan pimpinan China, menurut laporan The Associated Press.
Sebelum ini Tun menangguhkan projek pembinaan ECRL berbillion ringgit di Malaysia yang dibiayai pinjaman dari China.
Tun Dr Mahathir berkata ketika sidang media bersama Perdana Menteri China, Li Keqiang bahawa beliau meminta sokongan dari pimpinan China mengenai situasi Malaysia yang berdepan hutang tinggi dan masalah ekonomi lain yang disebabkan oleh pentadbiran BN sebelum ini.
“Kami berharap China memahami masalah yang sedang kita hadapi. dan saya berharap dan percaya China akan dilihat bersimpati dengan masalah yang kami harus selesaikan dan berkemungkinan membantu kami terhadap beberapa masalah dalaman fiskal kami” – Tun Dr Mahathir
Mahathir merupakan pengkritik yang vokal terhadap pelaburan skala besar di Malaysia yang dibiayai melalui pinjaman dari Beijing dan ini menguji hubungan Malaysia-China apabila beliau menangguhkan projek infrastruktur tersebut.
Beliau dijangka cuba untuk merundingkan semula terma-terma kontrak ketika perjumpaan beliau dengan pegawai China termasuk Presiden Xi Jinping.
Untuk rekod, beberapa hari sebelum Mahathir bertolak ke Beijing, beliau berkata Malaysia mahu membatalkan projek ECRL bernilai RM80billion dan dua saluran paip tenaga bernilai RM8 billion.
Ketika kempen PRU ke 14 lepas, Tun Dr Mahathir kerap menggunakan isu pelaburan China di Malaysia sebagai menjual kedaulatan negara kepada negara China. -TTKM-