“Harga tak turun walaupun GST mansuh sebab monopoli dan demand & supply!” – LGE.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui harga barangan masih tidak turun meskipun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar, menurut laporan The Malay Mail.

Tambah beliau, perkara itu berlaku susulan kuasa monopoli ke atas barangan keperluan.

“Kerajaan sedar bahawa pengguna di Malaysia sekarang hanya jimat bayaran 6 peratus sahaja sedangkan beberapa barangan keperluan masih kekal di tahap yang sama.

Sebabnya kuasa monopoli atas barangan perlu seperti gula dan beras. Sungguhpun 6 peratus GST telah dikeluarkan tapi harga masih berdegil tak mahu turun.

Mereka hendak keuntungan yang mereka tetapkan dan gunakan kuasa monopoli untuk kekalkan harga. Dalam aspek ini satu kajian menyeluruh sedang dijalankan untuk menimbang perkara ini,” – Lim Guan Eng 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara, hari ini.

Sebelumnya, Senator Datuk Sri Khairudin Samad membangkitkan soal harga barang yang masih kekal sedangkan 6 peratus GST telah dikeluarkan.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata kuasa monopoli menyebabkan harga tempatan berbeza dengan harga di peringkat antarabangsa.

“Harga gula diperingkat antarabangsa dalam lingkungan RM1.40 tapi harga runcit dan pasaran RM2.90, mengapa ia sekali ganda lebih besar?

Inilah sebab masalah kuasa monopoli yang nampaknya tidak memberi kepentingan kepada rakyat”  – Lim Guan Eng 

Kerajaan akan memperkenalkan sistem cukai baru SST menggantikan GST pada 1 September ini. Salah satu kempen pada PRU 14 lepas yang dilakukan oleh Pakatan Harapan adalah kos sara hidup yang tinggi dan harga barang naik adalah disebabkan oleh GST.

SST pada 1 september depan adalah dicadangkan pada kadar 10% berbanding GST pada kadar 6%. Penasihat Lim Guan Eng, Tony Pua yakin bahawa SST akan mengurangkan harga barang berbanding GST. 

Saya percaya, sistem cukai SST yang baru ini, walaupun cukai akan dikenakan, tetapi harga barang akan lebih murah daripada bila sistem GST (dulu)” – Tony Pua.

Kenyataan Tony Pua itu pula bercanggah dengan pendapat pengarah utusan Mydin, Datuk Ameer yang berkata 10% SST sudah pasti akan menyebabkan harga barang meningkat. 

ffe233aef2dff60e5def9ab46702a053.jpeg
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, Gambar Malaysiakini.

 “Tetapi jika ada barangan yang dikenakan 10 peratus SST, harga barang akan mahal. Tak boleh cakap tak akan ada barang yang tak naik harga” – Datuk Ameer Ali Mydin

Bekas menteri, Ahmad Maslan turut bersetuju dengan mengatakan harga barang pasti akan naik September ini. 

“Saya tak kata saya pakar SST dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 124 negara buat GST daripada 194 negara dalam dunia. SST ini negara dalam dunia dah tak buat, kenapa? Sebab ada kelemahan. Kita mengatakan yang benar. Percayalah harga barang, ‘confirm’ akan naik September ini. Kita (rakyat) juga yang jadi mangsa,” – Ahmad Maslan

Baru-baru ini, beberapa pengusaha kereta turut mengesahkan bahawa harga kereta akan meningkat pada 1 September ini.

“Kita menjangkakan harga kenderaan Proton akan meningkat selepas pelaksanaan SST…Daripada pengiraan kami, jika SST pada kadar 10 peratus, harga akan meningkat sekitar RM3,000 hingga RM10,000 daripada kadar sifar GST sekarang,” – Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar. 

Walaubagaimanapun, TTKM mendapati ada juga harga yang turun semenjak GST berkadar sifar iaitu harga tomato.

Seorang penyokong kerajaan, Joe Jimbet menemui TTKM baru-baru ini dan berkata:

“Syukurlah harga tomato turun dari tak ada langsung. Sekurang-kurangnya janji yang tidak ditepati boleh dicapati cicah kari tomato itu” – Joe Jimbet

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.