
KUALA LUMPUR: Pihak Polis dan Atomic Energy Licensing Board (AELB) dikerahkan untuk mencari Alat Penyuraian Radioaktif, Radioactive Dispersal Device (RDD) seberat 23 kg yang hilang sejak 10 Ogos, lapor NST.
Peranti tersebut, yang merupakan Alat Radiografi Industri mengandungi isotop radioaktif Iridium-192 yang mengeluarkan radiasi beta dan gama ketika ia melupus dalam usia separuhnya 73 hari.
Menurut laporan, Iridium-192 adalah merupakan isotop komersial radioaktif yang paling kerap dicuri yang boleh digunakan untuk membuat bom kotor- alat bukan nuklear dengan menggunakan bahan letupan konvensional untuk menyebarkan bahan radioaktif pada satu kawasan yang luas.
Menurut laporan NST, polis dan AELB bimbang sekiranya peranti tersebut jatuh ke tangan pengganas atau militan, atau sesiapa yang menganggapnya sebagai bahan besi yang boleh dibuka dan dijual untuk mendapatkan wang pantas.
RDD tersebut didakwa mempunyai nilai pasaran RM75 000.
Menurut sumber, dua juruteknik syarikat tersebut, yang berumur pertengahan 30an, meletakkan peranti tersebut di belakang trak pikap syarikat di Seremban untuk melakukan satu tugasan.

Selepas tugasan tersebut selesai, mereka bertolak ke pejabat di Shah Alam pada jam 2 pagi.
Apabila tiba sejam selepas itu, mereka mendapati alat tersebut telah hilang dari trak pikap Nissan Navara yang dipandu.
Tambah mereka lagi ketika disoal penyiasat, penghadang belakang kenderaan mereka telah diturunkan ketika mereka tiba di pejabat.
Mereka mendakwa alat tersebut kemungkinan terjatuh ketika mereka memandu pulang ke pajabat.
Walau bagaimanapun, NST melaporkan Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) tidak menjumpai sebarang tanda tanda penghadang belakang dibuka luas.
Penyiasat mendapati alat pengunci penghadang belakang berada dalam keadaan baik, adalah tidak mungkin ia terbuka sendiri.
CID Shah Alam tidak mempercayai cerita kedua pekerja syarikat tersebut dan telah menahan mereka untuk direman, tetapi dibebaskan pada Jumaat lepas apabila tiada unsur jenayah atau kemungkinan dalam pengganas atau militan didapati pada mereka.
Sumber memberitahu NST tiada sebarang petunjuk kepada alat yang hilang itu sehingga semalam dan merayu kepada sesiapa yang memiliki alat itu supaya tidak membukanya.
“Kami merayu kepada sesiapa yang memilik alat itu supaya menghubungi polis atau AELB. Jangan buka alat itu. Ia tidak boleh jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya, kerana kesannya boleh menyebabkan maut.” – Sumber NST
“
Leave a Reply