“3 Senario : Harga naik, kekal atau turun SST 1 September ini!” – Menteri

ANAH MERAH, 21 Ogos —  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan akan berlaku tiga senario apabila Cukai Jualan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan bermula pada 1 Sept ini, lapor Bernama.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga situasi yang bakal berlaku adalah kenaikan harga barang, harga barang kekal dan penurunan harga barang.

“Tiga senario itu tidak melibatkan 22 harga barangan kawalan sedia dan ia dijangka akan memberi kesan kepada barangan lain yang tidak dikawal.

Cukai sebanyak 0 peratus, 6 peratus dan 10 peratus akan dikenakan di bawah SST kepada barangan tertentu.” – Saifuddin Nasution 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepenggunaan kepada anggota Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT) di sini, semalam.

SST bukan faktor utama kos sara hidup naik.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution berkata GST atau SST hanyalah salah satu faktor yang membawa kepada kenaikan kos sara hidup disebalik enam faktor lain.

“Kos sara hidup ni kan, bukan hanya melibatkan makanan. Dia melibatkan (kos) perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, kesihatan. Dia ada sekurang-kurangnya enam bahagian yang sebenarnya melonjakkan kos kehidupan. Yang kita cakap tadi (mengenai) SST, GST tadi baru satu bahagian” – Dato’ Saifuddin Nasution

Ketika ditanya sama ada kesan kenaikan itu adalah lebih teruk semenjak GST berkadar sifar pada Jun, sambil mencampakkan cermin mata dan mengelap mukanya dengan tangan, Saifuddin menjawab dengan bahasa Melayu bercampur bahasa Inggeris.

“I akan hanya cakap setelah, I mendapat, official dan credible report. Macam ni kan, I akan hanya boleh bercakap setelah ada bukti-bukti emparikal dibuat.
Then, only I can see. tapi kalau I nak buat andaian bahawa pelaksanaan SST itu tidak akan memberikan kesan kepada kenaikan, I can’t. Sebab tak ada lagi sebarang kajian emparikal.Tapi kalau kita sandarkan pada pengalaman dulu, dulu kita ada SST, kos sara hidup sedemikian. Kemudian kita ada GST, kos sara hidup meningkat. sekarang kita zero ratedkanGST, begini. Apakah kembali pada SST itu akan memberikan kesan kenaikan juga? – Dato’ Saifuddin Nasution

Tidak selesa diasak oleh pertanyaan, Saifudin bertanya pula kepada wartawan:

Polisinya yang kita faham adalah kalau harga barang itu mahal, kerajaan beri subsidi maka harga itu murah. Itu cara berfikir kita. Tapi ada tak barang kawalan
yang tak perlu kerajaan beri subsidi tapi boleh diturunkan harga? –Dato’ Saifuddin Nasution

Apabila ditanyakan apakah contoh barang kawalan tersebut, Saifudin dengan menyelak-nyelak helaian kertas di atas mejanya cuba mencari jawapan, tetapi gagal berbuat demikian.

“Sebagai contohlah, I belum lagi boleh buat keputusan, tapi I sedang meneliti sekarang. Sebenarnya ada.Tapi I have to study.”  –Dato’ Saifuddin Nasution

Baru-baru ini, Saifuddin turut menasihati pengguna supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna dengan membuat pilihan bijak pembelian harga munasabah membabitkan produk daging. -TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.