
Oleh : Rakyat yang mengambil berat.
Lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China telah menjadi satu malapetaka. Rakyat Malaysia patut berasa risau.
Tiada tawaran baru atau pelaburan yang diumumkan. Semua penandatanganan pada dasarnya merupakan kesinambungan dari apa yang dimulakan oleh kerajaan Najib terdahulu- janji untuk membeli lebih banyak minyak sawit, usaha sama yang telah dipersetujui untuk menjual kereta Proton di China serta lanjutan susunan pertukaran mata wang yang sebelum ini dipersetujui dan dilaksanakan di masa lalu.
Mahathir kemudian mengadakan sidang akhbar bersama Premier Li Keqiang dan pada akhirnya apabila Mahathir berkata negara-negara kaya tidak wajar menjajah negara lain, Li tidak berkata apa-apa dan sesi itu tiba-tiba berakhir dengan beliau berjabat tangan dengan Mahathir dengan senyuman yang kelihatan terpaksa. Kemudian beliau berkerut dahi dan berjalan keluar dari dewan. Tiada ucapan terima kasih.
Selepas itu pada hari yang sama, Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping yang sangat berkuasa. Kebanyakan akan mendapati bahawa tiada sidang akhbar – sama ada oleh Mahathir, Xi atau bersama oleh kedua-duanya. Malah, tiada kenyataan dari Presiden Xi selepas mesyuarat itu.
Walau bagaimanapun, terdapat satu kenyataan bersama yang dikeluarkan kemudian oleh menteri-menteri luar dari kedua-dua negara yang tidak spesifik dan pada dasarnya retorik diplomatik mengenai mengekalkan hubungan sahaja dan sebagainya.
Kemudian, pada pagi keesokannya, Mahathir mengumumkan pembatalan projek ECRL, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif One Belt One Road berharga negara China, serta dua projek saluran paip gas.
Ini merupakan ‘tamparan’ hebat ke muka China dan merupakan bukti paling jelas bahawa lawatan Mahathir ke China tidak berjalan dengan baik.
Dua lagi ‘tamparan’ telah diberikan oleh Mahathir ketika beliau berkata di Beijing, bahawa syarikat China terpaksa memberikan 30 peratus saham kepada BN – yang kemudiannya mengakui beliau tidak mempunyai bukti terhadap dakwaan itu. Beliau juga berkata beliau percaya Jho Low berada di China tetapi sekali lagi, mengatakan beliau tidak mempunyai bukti.
Ini adalah seperti memberitahu China bahawa mereka terlibat dalam rasuah dan mereka melindungi penjenayah.
Pada dasarnya, lawatan Mahathir ke China ini merupakan satu malapetaka dan rakyat Malaysia kini tertanya-tanya sama ada kita perlu bersiap sedia untuk balasan dari China.
(Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM. – Editor)
Sokong Buletin TTKM untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor” dengan membuat sumbangan ke akaun: No akaun : 8603355994 | Bank : CIMB Bank
Leave a Reply