“Maafkan saya Tun!” – Abdullah Sani

KAPAR : Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani, memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung dakwaan cubaan halang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, lapor Berita Harian.

Abdullah berkata surat permohonan maaf kepada Perdana Menteri sudah dihantar pagi tadi.

Beliau berkata, permohonan maaf itu dihantar selepas perbincangan dengan Anwar melalui telefon selama 41 minit semalam.

Katanya, dalam perbualan itu, Anwar yang bakal menjadi Presiden PKR memaklumkan hubungannya dengan Dr Mahathir adalah akrab.

Beliau juga berkata Anwar turut meyakinkannya bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan mematuhi konsensus membabitkan peralihan kuasa dan jawatan Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Abdullah turut membacakan surat tiga perenggan yang diutuskan kepada Dr Mahathir pada sidang media itu.

Katanya, selepas dinasihati dan mendapat arahan daripada Anwar, Abdullah faham isu pelaksanaan peralihan kuasa yang dibangkitkan itu telah mengheret nama baik Perdana Menteri.

“Dengan ini, saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran bicara dan semoga kebimbangan saya tentang usaha dan cubaan menggagalkan peralihan kuasa tersebut yang dimainkan peranannya oleh YAB Tun (Dr Mahathir) adalah perkara yang tidak benar.

Saya yakin pengukuhan parti di dalam Pakatan Harapan adalah agenda yang wajib dipertahan dan diperkukuhkan,”  – Abdullah Sani

Abdullah sebelum ini mendakwa Dr Mahathir dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin mendalangi konspirasi untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri dan mendapat kerjasama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Abdullah berkata, berdasarkan perbualannya dengan Anwar, beliau yakin Dr Mahathir mampu melaksanakan konsensus PH mengenai isu peralihan kuasa.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk membangkitkan semula isu peralihan kuasa itu sekiranya masih ada pihak yang disifatkan ‘tangan langit’ yang tidak mempunyai ‘locus standi’ cuba menyekat atau mewujudkan konspirasi untuk menafikan konsensus PH.

Abdullah turt berkata Anwar tidak memberikan arahan khusus menulis surat permohonan maaf itu tetapi hanya mengarahkannya menyelesaikan isu berkenaan.

Saya ingin tegaskan bahawa mereka yang di luar sana yang tiada kena-mengena dengan PH jangan campur tangan atau cuba gagalkan peralihan kuasa ini.

Dia minta saya selesaikan, saya kata saya akan tulis surat, dia cakap itu cantiklah,” – Abdullah Sani

Sebelum ini, beliau berkempen kepada ahli PKR supaya memilih Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden parti yang akan memastikan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Video ucapan beliau itu tular di media sosial. -TTKM-

Semalam saya diwawancara Astro Awani.

“Kenapa dato memilih (Rafizi Ramli)? Tidak kepada Azmin Ali?”

Saya kata “Azmin Ali bagus. Tetapi Rafizi Ramli lagi bagus!”

Episodnya senang, kalau nak tengok Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, Rafizilah timbalan presiden.

Tapi kalau tak nak tengok Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, ha pilihlah Azmin Ali.

Mudah sahaja, perkiraannya.

Kerana apa saya cakap begitu saudara?

Kerana dia (Azmin) didukung oleh Tun Daim dan Tun Mahathir yang sudah tentu tidak mengizinkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Itu jelas dalam kenyataan mereka yang mengatakan perjanjian itu bukan perjanjian mutlak.

Tetapi kita nak ingatkan kepada Tun Mahathir dan Tun Daim, perancangan kamu itu, rancangan kamu! Rancangan Allah lagi maha (video tamat) – Abdullah Sani. 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.