“Mansuh tol sekarang tak bijak! Rakyat kena faham!”

KUALA LUMPUR: Ketua Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin menasihatkan kerajaan supaya tidak memansuhkan tol sekarang.

Bekas menteri kewangan itu berkata, langkah itu tidak sesuai dilaksanakan di peringkat ini, lapor FMT.

“Dengan keadaan kewangan sekarang, ia tidak bijak untuk melakukannya di peringkat ini. Saya rasa rakyat juga memahaminya,” – Tun Daim. 

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai mandat CEP dan cadangannya kepada kerajaan, di Menara Ilham hari ini.

Beliau berkata, ada beberapa cadangan berhubung penghapusan tol, tetapi ia tidak lengkap.

Pada 13 Ogos lalu, Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pemansuhan tol sehingga kewangan negara mengizinkan kerana ia perlu membayar pampasan lebih RM400 bilion.

Tetapi, beliau berjanji akan meneliti langkah lain untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Beberapa hari sebelum itu, Baru Bian mengatakan penghapusan tol sedang dikaji dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Apabila ditanya oleh Ahmad Maslan mengenai senarai tol yang akan dihapuskan secara berperingkat itu, Baru Bian menjawab ia akan dikaji dan belum ada keputusan mengenainya.

Pada 28 Julai lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, cadangan menghapuskan kutipan tol tidak boleh dimuktamadkan dalam 100 hari pentadbiran PH kerana ia sangat rumit dan perlu mempertimbangkan kepentingan semua pihak.

KWSP memilliki 49% pegangan dalam pengendali lebuh raya bertol PLUS Malaysia Bhd, manakala unit Khazanah Nasional Bhd, UEM Group Bhd memiliki ekuiti selebihnya.

Shahril yang juga pengarah urusan Khazanah berkata, pelabur Malaysia perlu mempunyai keyakinan terhadap pasaran dan kerajaan yang menyedari hal ini, tidak mahu melakukan apa-apa yang boleh menjejaskannya.

Manakala sebelum ini, seorang lagi ahli Majlis Penasihat Negara, Prof Jomo berkata janji menghapuskan tol kerajaan Pakatan Harapan patut difikirkan semula kerana ia menelan belanja yang besar untuk bayar ganti rugi pembatalan kontrak kepada syarikat konsesi tol. Beliau berkata demikan dalam satu segmen Soal Rakyat yang disiarkan secara langsung di TV3 dengan tajuk ‘Ekonomi Malaysia Baharu’ malam semalam.

Beliau turut bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa tol yang dikenakan di Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia.

“Dalam hal ini saya bersetuju dengan PM telah mengatakan bahawa tol yang dikenakan di Malaysia antara yang paling rendah sekali di dunia. Dan kita juga dapati sebenarnya, untuk hapuskan tol bukan mudah dan bukan murah. Kerana tol-tol itu mempunyai kontrak, kalaulah kita batalkan tol kita mesti bayar ganti rugi. Bukan jumlah yang sikit. Jumlah yang cukup besar. Jadi patut kita fikirkan semua janji itu. Kerana janji itu akan menelan belanja yang besar.” – Prof. Dr Jomo

Tambah Jomo lagi,  manifesto Pakatan Harapan mengenai penghapusan tol digubal ketika mereka tidak tahu kos untuk menghapuskan tol.

Malah, kata beliau lagi, penghapusan tol perlu mengambil kira pemilik  tersebut yang kebanyakannya adalah GLC milik kerajaan juga, dan mereka juga bukannya mahu untung yang banyak.

Mungkin sewaktu pakatan harapan yang menggubal manifestonya mereka tidak tahu betapa banyak (kos) janji-janji itu dan kos untuk menghapuskan tol. Jadi soal ini patut diambil kira dan juga yang memiliki tol-tol ini bukan orang-orang, syarikat-syarikat peribadi swasta yang menelan belanja. Tetapi mungkin apa yang dikatakan GLC milik pemerintah yang tidak hendakkan untung yang banyak sangat jadi supaya harga itu tidak meningkat lagi.  – Prof. Dr Jomo

Prof Jomo kemudian mencadangkan adalah memadai sekiranya tol dikawal harganya dari naik, dan kalau boleh dikurangkan sahaja harganya di tempat-tempat tertentu.

Jadi saya rasa kalaulah kerajaan pakatan harapan dapat mengawal kadar tol pada peringkat yang ada sekarang itu kalau tidak kalau boleh dikurangkan di tempat-tempat tertentu saya rasa itu dah memadai. “- Prof. Dr Jomo

Penghapusan tol merupakan salah satu dari  janji utama Pakatan Harapan ketika PRU14 lepas. Sejak menang PRU 14 lepas, Kerajaan sering menggunakan propaganda hutang RM1 trillion sebagai alasan tidak dapat melaksanakan janji-janji pilihanraya.

10 Janji 100 hari PH cuma ditepati 2 janji sahaja manakala yang lain hanya dilaksanakan separuh sahaja atau tidak langsung dilaksanakan.

Seorang penyokong kerajaan, Joe Jimbet yang ditemui TTKM menyatakan kekecewaan beliau mengenai pengumuman Daim mengenai janji menghapuskan tol yang kini dicapati cicah kari tomato.

“Dah menang bagi berbagai-bagai alasan. Sekarang nak suruh rakyat faham tak boleh hapuskan tol? Masa berkempen dulu bukan main, kalau menang, tol hapus. Ini dah 100 hari satu tol pun tak ada hapus, yang terhapus janji  mereka! Musibat betul! “ – Joe Jimbet

-TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.