PAS bersatu dengan penyamun?

Oleh : Mohd Prasad Hanif

Jangan sebut PAS bersatu dengan Penyamun, kalau anda pun bersatu dengan Bapa Segala Penyamun. Bukan saya sebut. Hj Mat Sabu yang sebut.

Jangan sebut PAS bersatu dengan Hantu, kalau anda pun bersatu dengan Hantu. Bukan saya sebut. YB Gobind yang sebut.

Jangan sebut PAS bersatu dengan Rejim, kalau anda pun bersatu dengan Mahafiraun. Bukan saya sebut. YB Saifudin Nasution yang sebut.

Jangan sebut PAS bersatu dengan parti rasis, kalau anda pun bersatu dengan Parti Rasis. Bukan saya sebut. Tun M yang sebut.

Jangan sebut PAS bersatu dengan parti usang, kalau anda pun bersatu dengan Orang Tua Nyanyuk. Bukan saya sebut. Datuk Seri Azmin Ali yang sebut.

Akhir sekali, jangan sebut anda anti LGBT atau anti liwat, sebab seluruh rakyat Malaysia pun masih belum pasti – Anwar bercakap benar atau Mahathir yang bercakap benar.

Dalam politik, apa sahaja mungkin berlaku. Berpada-pada bila mengata orang. Pesanan untuk diri saya dan seluruh rakyat Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.