BEIJING, 21 Ogos. -Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan pembinaan dua saluran gas yang dianugerahkan kepada China dibatalkan, kata perdana menteri, Tun Dr Mahathir, menurut laporan The Star.
Menurut Tun, projek-projek tersebut tidak dapat diteruskan kerana ‘masalah kewangan Malaysia’.
Walau bagaimanapun, perincian mengenai pembatalan tersebut termasuk hal pembayaran kepada China akan dibincangkan kemudian tambah beliau.
Li meminta Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan bersama mengenai ‘perdangangan bebas’ di mana Tun akhirnya akur dan menamatkan sesi sidang media itu dengan bersetuju dengan pendapat Li mengenai perlunya perdagangan bebas.
Berapa jumlah pampasan?
Sebelum ini, laporan portal TMI mendakwa kerajaan perlu membayar RM22 billion kepada China sekiranya mahu membatalkan projek tersebut yang setakat ini telah berjalan lebih 20%.
Ribuan pekerja tempatan kehilangan kerja.
Sebelum ini TTKM melaporkan 1000 pekerja tempatan kehilangan kerja apabila projek ECRL itu ditangguhkan. Mereka merupakan separuh dari keseluruhan tenaga kerja tempatan berjumlah 2250 di syarikat CCCC, kontraktor utama projek ECRL.
Pembatalan ini sekaligus akan menyebabkan baki 1250 orang lagi kemungkinan besar juga mendapat nasib yang sama. -TTKM-
Sokong Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor” dengan membuat sumbangan ke akaun: No akaun : 8603355994 | Bank : CIMB Bank