Siapakah gerangannya amoi comel itu?

Siapakah gerangannya amoi comel yang duduk di sebelah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu?

Video yang tular di media sosial tersebut menunjukkan gadis comel berkenaan memberikan arahan kepada unit sistem arahan kenderaan itu bagi menjalankan beberapa fungsi. Perkara ini membuatkan  perdana menteri kelihatan teruja.

Menurut laporan Sin Chew Daily, gadis comel itu bernama Tan Shu Rin merpakan mahasiswi tahun kedua bidang penyiaran di Fudan University, Shanghai.

amoi2.JPG
Tan Shu Rin, Gambar dari Sin Chew Daily

Pelajar berusia 21 tahun itu berasal dari Kluang dan sedang mengikuti latihan amali dengan Nuance Communications.

Nuance dilaporkan bekerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Group bagi membangunkan sistem arahan suara yang akan digunakan Proton bagi pasaran Malaysia.

Laporan itu juga memetik Tan sebgai berkata beliau telah berlatih berulang kali dengan sistem arahan suara itu sebelum ketibaan Mahathir.

Beliau juga tidak menyangka  yang perdana menteri  memasuki kereta yang diduduki beliau, kerana terdapat lima kereta lain bersebelahan.

Tan turut berasa bangga apabila Dr Mahathir memilih kenderaan yang dinaikinya.

Mahathir  sebelum ini mengkritik Geely membeli pegangan dalam Proton dengan mendakwa Malaysia telah menjual syarikat tersebut kepada negara asing. Tetapi kini beliau berharap pula kerjasama strategik berkenaan akan memanfaatkan proses memperbaiki kualiti kereta Proton.

“Semasa Proton diperkenalkan, Geely belum wujud. Kita menghantar enam kereta Proton ke sini (China)… dan kita sangat bangga atas pencapaian itu.

“Namun, seperti yang anda tahu, Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti dan produktiviti industri kita.

“Dan saya percaya Proton boleh meraih manfaat daripada kerjasama dengan Geely,” – Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian pada 18 Ogos lalu, selepas menyaksikan majlis tandatangan perjanjian antara Proton dan Geely, di ibu pejabat Geely di Hangzhou. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: