SST: “Kita merancang, Tuhan menentukan!” – Lim

Kerajaan tidak boleh menjamin penggantian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membuatkan rakyat lebih bahagia, menurut laporan Malaysiakini.

Bagaimanapun, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kita hendaklah berusaha ke arah itu.

“Soalan yang lebih penting apakah jaminan rakyat boleh lebih bahagia? Saya tidak boleh jamin, tapi kita boleh rancang tapi yang tentukan ialah Tuhan.

(Namun) sekurang-kurangnya kita mesti berusaha untuk rancangnya.

Salah satu usaha adalah untuk gantikan GST dengan SST kerana memang rakyat lebih susah bawah GST,” – Lim Guan Eng

Lim berkata demikian ketika penggulungan sesi perbahasan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Negara hari ini.

Katanya, RUU itu bertujuan mengurangkan beban rakyat akibat pelaksanaan GST di era BN sebelum ini.

Kenyataan Lim itu sebagai menjawab soalan senator BN SA Vigneswaran sama ada kerajaan mampu memastikan rakyat lebih bahagian, ceria dan senang dengan kembalinya SST.

Pegawai khas Lim Guan Eng, Tony Pua sebelum ini berkata pengenalan SST pada 1 September ini akan menyebabkan harga barang lebih murah berbanding GST.

tony.PNG
“GST memerah wang rakyat!”  – Tony Pua.

“Saya percaya, sistem cukai SST yang baru ini, walaupun cukai akan dikenakan, tetapi harga barang akan lebih murah daripada bila sistem GST (dulu)” – Tony Pua

Walau bagaimanapun, TTKM mendapati kenyataan Tony Pua itu bercanggah dengan kenyataan pemain industri kereta dan runcit yang berkata SST 10% akan menyebabkan harga barang lebih mahal berbanding GST 6%.   -TTKM-

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.