Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“RM16 bilion gagal dibayar kerajaan BN kepada pembayar cukai!” – Lim Guan Eng

2 min read

Gambar Malaysiakini

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional sebelum ini gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion sejak enam tahun dahulu, menurut laporan Malaysiakini.

Menurut beliau, wang terhutang oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) itu melibatkan sebanyak 1,65 juta kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan.

Beliau berkata ademikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di laman facebook Kementerian Kewangan.

lge1lge2lge3

Jelasnya, baki tunggakan yang sebegini besar adalah disebabkan oleh kekurangan
penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun
amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

“Bayaran balik cukai hanya boleh dilakukan berdasarkan jumlah baki tabung tersebut.

Baki yang sedia ada dalam TBBC pada 31 Mei lalu hanya RM1.486 bilion berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara.

Amaun ini adalah jauh lebih rendah daripada keperluan jumlah bayaran balik kredit cukai sebanyak RM16.046 bilion yang sepatutnya dibayar,” – Lim Guan Eng

Dengan kata lain, menurut Lim masih wujud kekurangan RM14.56 bilion setakat 31 Mei lalu yang menyebabkan 1.6 juta pembayar cukai tidak mendapat bayaran balik cukai mereka sejak lebih enam tahun dahulu.

“Adalah jelas RM14.56 bilion yang tidak dipindahkan daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada TBBC telahpun dianggap atau diiktiraf sebagai hasil kerajaan oleh kerajaan lama. Ini bermakna hasil kerajaan persekutuan yang dilaporkan oleh kerajaan lama (BN) sebelum ini adalah tidak tepat dan terlebih lapor,” – Lim Guan Eng

Lim berkata tunggakan besar bayaran balik baki kredit itu berlaku kerana Jawatankuasa Pengurusan Wang Tunai Kementerian Kewangan yang bermesyuarat secara bulanan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar tidak memindahkan peruntukan yang mencukupi kepada TBBC seperti yang dimohon oleh LHDNM.

“Seperti penjelasan saya sebelum ini, apa yang dilakukan oleh kerajaan lama merupakan pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik baki kredit untuk kegunaan lain atau untuk menutup defisit mereka supaya dapat menunjukkan keadaan lebihan – Lim Guan Eng

Untuk meringankan bebanan pembayar cukai, Lim berkata kerajaan baru Pakatan Harapan telah bersetuju untuk membenarkan mereka yang mempunyai kredit cukai yang perlu dibayar balik oleh LHDNM membuat permohonan set-off sekiranya mereka mempunyai tanggungan cukai yang perlu dibayar pada tahun semasa.

“Permohonan set-off ini hendaklah dikemukakan kepada LHDNM untuk disemak dan dipertimbangkan kelulusannya. Di samping itu, bayaran wang akan dibuat mengikut kemampuan kedudukan kewangan kerajaan,”   Lim Guan Eng

Sebelum ini Lim Guan Eng mendakwa wang bayaran balik GST berjumlah RM19.25 billion telah ‘dirompak ‘kerajaan BN terdahulu.

Barisan nasional menafikan dakwaan tersebut, malah ahli parlimen UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin dan Irwan Serigar telah membuat laporan polis dan SPRM mendesak menyiasat perkara itu.

Semalam, polis telah merakamkan kenyataan dari Lim Guan Eng berhubung dakwaan kehilangan wang bayaran balik GST itu. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: