Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Kerajaan PH perlu lebih masa,100 hari tak cukup!” – Lim Kit Siang

2 min read

Gambar dari minaq_jinggo

BALAKONG, 23 Ogos –  Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan lebih banyak masa untuk membetulkan begitu banyak amalan salah  yang telah dilakukan oleh pentadbiran terdahulu, menurut laporan Bernama. 

Beliau berkata  kerajaan baharu serius mahu menghapuskan salah guna kuasa, rasuah dan ketidaksamarataan selama 60 tahun tetapi ia tidak dapat dilakukan dalam “dua hari”.

“Bagi membolehkan Malaysia baharu menyaksikan perubahan sebenarnya, kami perlukan lebih banyak masa untuk melakukannya. Amalan rasuah, salah guna kuasa dan ketidaksamarataan selama 60 tahun tidak dapat dibersihkan dalam 100 hari.

“Kami perlu membuktikan bahawa untuk jangka masa panjang, janji-janji kami akan ditunaikan. Dalam 100 hari, Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) telah digulingkan dan dituduh di mahkamah. Banyak ketua jabatan kerajaan yang rasuah telah disingkirkan,” – Lim Kit Siang

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Baru Balakong di sini, kelmarin.

0fac9a0936677d4ac903ac2cc8b803f75b7d0c257c360.png
Lim Kit Siang berkempen untuk calon PH (DAP), Gambar Bernama. 

Lim berkempen untuk  calon PH Wong Siew Ki bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong yang berdepan dengan MCA, Tan Chee Teong, yang pertama kali menggunakan simbol sendiri.

10 janji 100 hari Pakatan Harapan cuma ditepati dua sahaja manakala yang lain dicapati cicah kari tomato.

28685279_10157186395691258_8280739596746792598_n
Janji benar-benar ditepati dalam 100 hari cuma hapuskan GST dan Kaji Projek Mega

Beberapa undian atas talian baru-baru ini menunjukkan 67%-90% netizen tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH bagi 100 hari pemerintahan di mana mereka mendapati beberapa janji manifesto tidak ditunaikan, sebaliknya kerajaan menggunakan alasan hutang negara kononnya mencecah RM1 trillion untuk tidak melaksanakan janji-janji tersebut.

Walaubagaimanapun, janji yang tiada dalam manifesto seperti mengurangkan harga tomato dan menubuhkan Kereta Nasional Ketiga pula yang dilaksanakan -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: