“Mahathir paling takut kalau saya jadi PM!” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kata Anwar Ibrhaim.

“Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus.

“Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani.

“Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron,”  – Anwar Ibrahim

Presiden PKR itu turut menambah, Mahathir adalah penggerak utama dan pencetus kepada kronisme yang semakin membiak dan telah menjadi darah daging Umno Barisan Nasional.

“Sebab utama Mahathir takut saya akan menjadi Perdana Menteri kerana saya akan membasmi dan menghapuskan segala bentuk kronisme, mengaut keuntungan untuk kepentingan anak-beranaknya…,” – Anwar Ibrahim

Anwar turut mengulas mengenai Tol Lebuh Raya Utara Selatan yang masih belum dihapuskan untuk kerajaan terus meraih keuntungan.

“ Selepas mengaut keuntungan lebih 30 tahun, tol tersebut masih tetap ada. Ia sangat berbeza sekali dengan Washington, setelah cukup mendapatkan keuntungan selama 20 tahun, mereka tutup terus tol tersebut untuk tidak mahu terus memberi beban kepada rakyat.” – Anwar Ibrahim

Walaubagaimanapun, kritikan Anwar ini dilakukan oleh beliau 6 tahun dulu seperti yang dilaporkan Keadilan Daily. Kini beliau krik-krik bunyi cengkerik.

Baru-baru ini, ahli parlimen PKR Kapar, Abdullah Sani mendakwa terdapat komplot Daim-Mahathir menghalang Anwar menjadi PM sekiranya Azmin kekal dipilih sebagai timbalan presiden PKR. Beliau berkempen kepada ahli PKR supaya memilih Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR untuk menjamin Anwar sebagai perdana menteri ke 8.

Episodnya senang, kalau nak tengok Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, Rafizilah timbalan presiden.Tapi kalau tak nak tengok Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, ha pilihlah Azmin Ali. Mudah sahaja, perkiraannya.Kerana apa saya cakap begitu saudara? Kerana dia (Azmin) didukung oleh Tun Daim dan Tun Mahathir yang sudah tentu tidak mengizinkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Itu jelas dalam kenyataan mereka yang mengatakan perjanjian itu bukan perjanjian mutlak. Tetapi kita nak ingatkan kepada Tun Mahathir dan Tun Daim, perancangan kamu itu, rancangan kamu! Abdullah Sani.

Beberapa hari selepas itu, Abdullah Sani memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir di atas dakwaan tersebut setelah bercakap dengan Anwar melalui telefon selama 41 minit.

“Dengan ini, saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran bicara dan semoga kebimbangan saya tentang usaha dan cubaan menggagalkan peralihan kuasa tersebut yang dimainkan peranannya oleh YAB Tun (Dr Mahathir) adalah perkara yang tidak benar.  – Abdullah Sani.

– TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.