Bolehkah projek mega ECRL dibayar ikut ‘progress payment’ seperti projek perbesarkan dapur?

Oleh :  Khairul Azri

Boleh ke samakan mega project macam ECRL dengan project “perbesaq dapur”?- bayar ikut progress payment?

Jauh panggang dari api bang!

ECRL was estimated to come with 20+ different tunnel accrosing banjaran titiwangsa, hence some of the advance payment out of those 34% are being use to fund on designing,fabricating, manufacturing,assembling etc mesin pengorek terowong aka Tunnel Boring Machine(TBM) yang semestinya bukan murah.

Dan kos TBM ni juga bergantung kepada jenis tanah, geological formation, etc..contohnya macam MRT punya TBM, ianya telah direka khas, sebab dalam projek tersebut, MRT Corp nak kena korek Kenny hill formation dan KL lime stone formation yang highly karstic in nature.

Maka dihasilkan lah the world’s first Variable Density Tunnel Boring Machine semata-mata untuk projek MRT SBK haritu untuk elakkan ‘sinkhole’ dan ‘blowout’ masa kerja-kerja mengorek terowong haritu.

Den share video MRT punya TBM..tengoklah betapa ‘humongous’ ulat pengorek ni.

 

Jadi kalau untuk laluan MRT SBK pun dah guna TBM yang punya besar dan complicated macam ni, bayangkan pulalah TBM yang macamana yang perlu digunakan untuk ECRL yang ianya melibatkan terowong sepanjang 49KM(terpanjang 17.8KM) dan nak ditebuknya pulak accross banjaran Titiwangsa yang pasti melibatkan lagi banyak soil formation.

Tu belum kira lagi ground treatment, fabrication area,operation center dan heavy machinery yang lain.
Anyway, kalau betul lah kerajaan BN dulu bodoh bangang sampai terbayar lebih ‘progress payment’ berbanding projek progress..bukankah logik akalnya kerajaan hari ini yang lebih bijak dari mereka sepatutnya push contractor dan suruh buat kerja bagi sama level dengan payment yang dah dibayar dan ultimately push untuk ECRL disiapkan?

Sebabnya kalau betul ‘financial constraints’ adalah isunya, bukankah kita sebaiknya discuss dan nego untuk kaedah pembayaran lepas siap nanti..bukannya batal terus.

Ringkasnya daripada batal yang mana kita tak dapat apa-apa dan masih kena bayar cost of abandonment, penalties etc yang juga boleh tahan besarnya (circa RM25-30Billion), bukankah lebih baik untuk kita siapkan saja projek ni, yang mana akhirnya rakyat pantai timur akan dapat sistem pengangkutan yang lebih moden dan dalam masa yang sama kerajaan kita nego balik dengan China macamana kita nak bayar balik nanti lepas ECRL tu siap esok..

China dapat OBOR, penduduk pantai Timur dapat ECRL. -Win win.

Bak kata pujangga, Biar senget, jangan tertiarap, Biar titik, jangan tumpah.

Rujukan:

MRT Malaysia- The world’s first Variable Density Tunnel Boring Machine
https://www.youtube.com/watch?v=zRmczNZMxo8

New design TBM tames the Kuala Lumpur karst
https://www.tunneltalk.com/Kuala-Lumpur-MRT-14Jan2013-World…

MRT Malaysia SBK Line Tunnel Breakthroughs
https://www.youtube.com/watch?v=3rxNyO8nZDo

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.