
KUALA LUMPUR, Aug 24 — Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri. berkuat kuasa 27 Ogos.
Muhammed ketika ini adalah pengarah urusan dan ketua ekonomi di DM Analytics Malaysia.
Muhammed yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan ketika ini juga merupakan ketua sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan.
Nama Muhammed mula menjadi sebutan ramai sebelum ini apabila beliau tampil menjadi seorang daripada tiga panel jemputan stesen TV kerajaan, RTM, yang membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi menjadi tular.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Malaysia.
Di samping itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia. -TTKM-

Leave a Reply