
Mohamad Sabu mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang ketua perompak yang tahu di mana emas dan barang-barang rompakan disembunyikan.
Mohamad yang terkenal dengan jolokan Mat Sabu itu turut mendakwa, Mahathir yang pernah mentadbir kerajaan selama 22 tahun itu banyak terlibat dengan skandal ketika menjadi Perdana Menteri ke 4.
“Sebab itu Tun Mahathir bijak, Najib jangan tipu dia. Sebab dulu dia ketua perompak sebab itu dia tahu dimana emas dan barang-barang rompakan disembunyikan, dia tahu sebab dulu dia kepala.
Dahulu dia terlibat dulu dengan (skandal) pada zaman dia dengan isu BMF, MamingCo, Perwaja (sehingga) berbilion, sebab itu Najib jangan main dengan Mahathir. Kamu junior nak buat benda ni. ” – Mohamad Sabu
Mat Sabu turut menceritakan kisah bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang disifatkan sebagai paling berkuasa ketika zaman pemerintahan Mahathir.
“Yang paling berkuasa ialah Daim Zainuddin kalau dia batuk saham boleh jatuh,bila dia menguap saham naik.
Maksudnya bila dia kenyang, saham naik dan bila dia batuk akan menyebabkan saham jatuh” – Mohamad Sabu
Walaubagaimanapun, kenyataan Mat Sabu itu dilakukan beliau 3 tahun dulu:
Kini, setelah Tun Dr Mahathir melantik beliau menjadi Menteri Pertahanan, Mat Sabu krik krik bunyi cengkerik. Malah beliau juga sebelum ini memasak hidangan khas untuk Tun Dr Mahathir ketika Tun singgah ke rumah beliau. -TTKM-


Leave a Reply