Oleh : Kiridaren Jayakumar
Pada pagi ini, saya menonton video yang diberikan pada pautan ini iaitu di mana Dr. Mahathir berhujah bahawa negara kita tidak membangun dengan baik dan bahawa Najib telah merosakkan mentaliti masyarakat kita. Dia juga berkata bahawa, masyarakat Malaysia yang menerima BR1M tidak bekerja dan tanpa bekerja boleh dibayar.
Bayaran BR1M ini adalah dicuri oleh pemimpin kerajaan terdahulu dan BR1M ini membuat orang malas dan bergantung kepada kerajaan. Beliau turut berkata nelayan tidak patut dibayar RM300 sebulan disebabkan mereka bukan penjawat awam. BR1M dikatakan adalah satu rasuah untuk masyarakat untuk membeli mereka. Menurutnya, mana-mana negara yang di mana negara perlu berhutang kepada rakyat mereka dengan memberi duit , mereka akan menjadi bankrap.
Apabila ditanya bagaimana dia akan membangunkan ekonomi dan kurangkan persepsi masyarakat setelah BR1M diambil, dia berjawab dengan pelaburan domestik dan luar negara di sini. Dikatakan juga bahawa memberi BR1M adalah untuk menjadi popular, apabila rakyat diberi duit percuma, mereka akan menjadi lemah.
Ini adalah maksud video tersebut. Dia juga mengutuk dengan sinis di video lain bahawa kita boleh jadi negara untuk petani dan nelayan, tidak perlu industri. Secara sejarah tamadun manusia dengan ilmu sosiologi dan anthropologi, manusia menjadi masyarakat berpusat setempat apabila mereka menanam sesuatu hasil tanaman dengan meluas untuk membekalkan makanan kepada para pekerja berat, di situlah manusia mula mendapat keluarga dan kurangkan sifat nomad mereka.
Sekuriti makanan, iaitu sumber makanan yang berterusan adalah sangat penting pada manusia, tidak kira tamadun moden atau dulu, ingat orang Egypt dulu tidak ada food security, lepas itu mereka membina Piramid ? Tidak sama sekali.
Pengeluaran makanan adaah sangat penting di mana pada masa dunia sedang fokus pada IT,AI dan juga industri berat, kita dengan tanah yang sangat luas dan subur perlu mengambil peluang ini untuk menanam pelbagai hasil tanaman, dan menambahbaikkan cara, teknologi dan kaedah penanaman. Boleh melihat pelbagai negara yang mendapat pendapatan negara GDP yang lumayan dengna pertanian.
Sepatutnya, kita boleh sahaja menjadi negara eksport pertanian yang amat mengangumi sebab kita ada tanah yang sangat luas dan kaedah pembangunan berpusat dan masih banyak tempat pertanian tidak disentuh dan dibangunkan seperti di negara Barat dan negara maju lain. Apabila ahli politik berkata, industri berat dan sebagainya akan memberi peluang pekerjaan , janganlah ambil kira sepenuhnya. Perlu kita faham ini adalah zaman automasi atau robot, banyak kilang di negara lain menggunakan AI dan robot untuk membuat barangan mereka. Pada masa depan, ciri-ciri kerja yang melibatkan sifat kemanusiaan dan bakat adalah paling bagus, bukan kata semua orang perlu menjadi pelukis dan sebagainya. Tetapi , pada masa depan nanti , kerja buruh-buruh ini akan menjadi sangat kurang, contoh terbaik adalah Touch N’Go dan Smart Tag, daripada 10 pekerja, dijadikan 2 pekerja di setiap tol. Ini adalah masalah manusia pada 20 tahun akan datang lagi, dan di negara lain, masalah ini sudah diperbincangkan dan di Malaysia, masih tidak semudarat namun akan berlaku. So apabila ahli politik kata industrialisasi ini penting dan memberi peluang pekerjaan, ia adalah hanya jangka masa pendek dan sepatutnya kita harus diversifikasikan keupayaan masyarakat.
Pertanian ini tidak akan habis sebab orang yang lapar tidak akan habis, dan memang tanah banyak yang sudah tandus disebabkan e-waste, pengawalan tanah dan pengumpuan sumber air yang sangat buruk di seluruh dunia. Kita masih belum terkesan sepenuhnya.
Terdapat pelbagai falasi dan salah faham oleh Mahathir pada prinsip BR1M. Ia tidaklah sangat menghairankan apabila Mahathir adalah seorang neoliberal di mana pengurangan perbelanjaan kerajaan harus dikurangkan dan kapasiti kapitalis harus dipertingkatkan di mana rakyat kurang bergantung kepada kerajaan. Masalah Mahathir adalah sama dengan beberapa masalah lapisan masyarakat negara kita yang berfikir bahawa masyarakat negara kita adalah sangat miskin. Menurut intelektual Barat dan ekonomi dunia, pekerja Asia Tenggara adalah salah satu golongan masyarakat paling rajin di dunia , di mana ia adalah sebab kukuh kenapa syarikat korporat luar suka negara kita dan negara ASEAN lain untuk menubuhkan syarikat mereka. Apakah itu BR1M? Secara falsafah, ia adalah libertarianisme kiri, di mana setiap orang dapat dibantu dengan bebas untuk pembangunan hidup mereka.
Ia adalah sangat berbeza dengan Basic Income , di mana tidak terkira gaji anda, anda akan dibayar sesuatu amaun pada setiap bulan, tidak kira gaji anda berapa tinggi. BR1M adalah salah satu pencapaian negara kita yang sangat murni dan mengagumi dan saya suka idea ini tersebut dan saya bukanlah peminat BN atau Najib, malahan tidak suka Najib, tetapi fakta adalah fakta. BR1M memberi sesuatu kemudahan atau tali hayat kepada seseorang untuk meneruskan kehidupan mereka dengan keperluan asas mereka dibiayai oleh kerajaan. Sebagai contoh, seseorang yang hendak menjadi pelukis karikatur di jalan raya, tetapi tidak mempunyai modal untuk membeli alat lukis dan board, so BR1M ini dapat memberi sesuatu yang jitu secara kapital kepada masyarakat untuk membangunkan hidup mereka.
Secara hierarki keperluan Maslow, jika kita tiada keperluan asas seperti makanan,minuman dan tempat tinggal, memang kita dapat menjalani hidup dan memajukan diri kita sendiri. Hierarki teratas adalah kesedaran diri , berapa ramai daripada kita dapat masa untuk berfikir tentang kehidupan kita. Najib tidaklah merosakkan mentaliti kita, Najib tidak membuat kita malas. Sebelum dan selepas menerima BR1M, memang semua orang masih kerja lagi. Sesuatu pencapaian Najib adalah mengurangkan ketidaksamaan jurang ekonomi antara kaya dan miskin, dan BR1M ini adalah untuk membantu mereka yang sangt miskin abadi, Extreme poverty, di mana 28,000 iaitu 0.28%(Sumber : World Bank) daripada 30 juta adalah sangat miskin ketara. Saya sangat yakin jumlah itu telah berkurang sangat disebabkan oleh BR1M dan in memang fakta yang tidak dapat disangkal. Najibnomonics adalah lebih kepada social democratic , tetapi dia bukan sebegitu disebabkan kurang cukai, ia lebih kepada social capitalism.
Bagaimana 0.28% itu miskin ketara? Pada Bank Dunia, jika anda berpendapatan sehari kurang daripada $1.90 (RM7.60), anda adalah sangat miskin. Walaupun ramai yang tidak setuju dengan $1.90 sebagai asas kemiskinan dan boleh ditingkatkan kepada $2.50, ia adalah salah satu cara di mana sistem ekonomi dunia yang didukungi sekarang adalah berkesan dan kemiskinan adalah kurang. Pembaca sekalian, BR1M adalah bukan hasil kecurian kerajaan, ia adalah cukai yang kita bayar yang diberi kepada kita oleh kerajaan, sesuatu cara di mana kerajaan mengamalkan polisi bantuan yang bebas daripada pencukaian masyarakat, dan kita tidak harus lupa bagaimana cukai pada orang kaya dan korporat dapat membantu golongan miskin negara kita dan mengurangkan jurang ekonomi.
Cuba bayangkan masyarakat nelayan yang hidup berpaksikan kepada angin ribut dan laut, di mana tengkujuh boleh merosakkan hasil makanan mereka, di mana mereka tidak dapat mendapat hasil pendapatan langsung untuk anak mereka, apa salah kita membayar mereka RM300 sebagai satu cara hormat kepada kerja mereka dan menolong mereka untuk membiayai kehidupan mereka? Adakah mereka ini malas? Di mana masyarakat kita dapat boleh membeli-belah barangan mahal dijual oleh selebriti atau meja sidang politik, kenapa kita tidak dapat menyokong mereka yang memberi kita hasil laut kepada kita?
BR1M bukanlah rasuah , ia adalah polisi, jika polisi adalah teramat baik, maka memang masyarakat akan berterima kasih dan akan mencaci jika pemimpin itu korup, ini adalah lumrah politik. Rasuah adalah sesuatu perbuatan apabila seseorang menyuap atau disuap untuk menutup kesalahan mereka. Apabila setiap kes penyelewengan berlaku oleh Barisan Nasional, masyarkat tidak penat mengkritik parti tersebut, dan mereka tidaklah dibodohkan untuk menerima keadaan seadanya walaupun menerima BR1M. Tidak dapat dinafikan memang selalunya akan ada penyokong sejati , namum PR14 ini kita telah melihat ramai yang mengundi PH. Agakanya sudah sangat lambat untuk sedar, sudah terhantuk baru terngadah.
Menurut Mahathir lagi, bahawa negara yang membuat kerajaan berhutang kepada rakyat , dan vice versa(sebaliknya) akan bankrap adalah satu statement yang sangat tidak berasas dan tidak pandai. Ia adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh seseorang yang mahir dalam geopolitik dan ekonomi antarabangsa. Nordic Model atau Scandinavian model atau Social Democratic Model, di mana masyarakat membayar cukai yang terlampau tinggi dan kerajaan pun berhutang pada rakyat, dan rakyat berhutang pada kerajaan dengan semua fasiliti negara diberi secara percuma. Adakah mereka tidak rajin, malas, tidur dan tidak produktif ? Tidak sama sekali. S
ecara pendidikan dari sumber OECD, negara Scandinavia iaitu seperti Sweden, Finland dan Norway memberi pendidikan terbaik di dunia. Masyarakat di situ dapat mempelajari kos atau ilmu baru dengan basic income kerajaan dan juga tidak perlu khuatir sangat pada keperluan asas apabila semua sudah diberi, mereka perlu untuk berfikir untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara. Anda boleh membaca lebih tentang pencapaian dan kemajuan rantau Scandinavia ini dengan teliti, pencapaian mereka adalah sangat singkat sama sekali. Semuanya berlaku disebabkan oleh polisi negara. Dan negara kita masih stabil berhutang, jangan dimomokkan oleh pihak politik bahawa kita akan bankrap sampai segala polisi kerakyatan diambil.
Jika manusia biasa seperti kita makan hasil sawah dan laut, di mana nasi dan udang,sotong dan ikan dapat kita makan di atas meja, mungkin Encik Mahathir makan bolt,nut, skru dan cip elektronik sebagai makanan harian dia dan minum minyak gelincir dan minyak hitam sebagai minumannya.
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA RAMAI PETANI,PESAWAH DAN NELAYAN LAGI TIDAK DAPAT MAKAN SECUKUP-CUKUPNYA HANYA UNTUK ANDA DAPAT MAKAN SECUKUP-CUKUPNYA.
Jika ada orang rasa BR1M adalah seperti rasuah dadah, senang diambil susah ditinggalkan, cuba fikir bahawa BR1M adalah juga yang mengurangkan penghisap dadah, di mana mereka diberi satu cara kapital dan sumber pendapatan untuk menjalankan hidup.
Mohon budi baik pembaca untuk kongsikan artikel ini. Tolong sebarkan, bukan sebab dahaga jumlah kongsi, tetapi saya pernah melihat banyak kebaikan peribadi dan kebaikan masyarakat tertindas disebabkan kemiskinan. Jika BR1M diambil oleh kerajaan, di mana ia adalah hak masyarakat, maka tidak perlu kita berlawan di medan sosial dan berhujah sepanjang hari dan tergopong mulut melihat pihak pemerintah membuat keputusan, kita dah haruslah jalan ke jalan raya untuk membuat demonstrasi berperlembagaan demokrasi.
Rujukan :
http://www.theborneopost.com/…/malaysias-extreme-poverty-r…/
https://borgenproject.org/malaysia-poverty-rate/
(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor)