BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihentikan, kata Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara dengan portal berita The Malaysian Insight.
Mahathir turut menyalahkan pentadbiran Najib sebelum ini yang memanjakan rakyat, selain berkata rakyat seharusnya berhenti bergantung kepada kerajaan dan mempercayai bahawa mereka berhak mendapat wang tanpa melakukan apa-apa kerja.
“Najib telah manjakan rakyat dengan membuatkan mereka berfikir bahawa tanpa melakukan kerja, kerajaan akan memberikan mereka wang.
Sekarang kita tidak boleh memberikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka tetap juga mahukan wang (BR1M)” – Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau turut menambah bahawa nelayan diberi wang RM300 sebulan sedangkan mereka bukannya penjawat awam. Semua ini tambahnya, hanyalah untuk membeli rakyat dengan ”wang curi”.
FAKTA MENGENAI BR1M
BR1M diperkenalkan pada 2012 dan jumlahnya dinaikkan setiap tahun kecuai pada 2018. Mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan mendapat RM1200, manakala mereka yang berpendapatan di antara RM3000 dan RM4000 mendapat RM900 setahun.
Mereka yang bujang berpendapatan RM2000 dan kebawah diteruskan menerima Rm450. Secara jumlahnya, RM6.8 billion diperuntukkan pada bajet tahun ini dengan jumlah penerima seramai 7.2 juta orang.
Walau bagaimanapun, selepas Pakatan Harapan memenangi PRU 14, BR1M diumumkan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Malaysia (BASAH?) yang sangat berlainan dengan BR1M, di mana setakat ini tiada mekanisme mengenainya diumumkan.
Fasa ketiga Bantuan Sara Hidup 2018 telah dibayar sebelum Hari Raya Aidil Adha. Pembayaran tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM1.6 billion, diberikan kepada 4.1 juta penerima.
Negara boleh bankrap beri wang kepada rakyat.
Mahathir turut mendakwa negara boleh menjadi bankrap sekiranya memberi wang kepada rakyat yang tidak melakukan apa-apa kerja.
“Tetapi rakyat masih mahukan BR1M. Mereka jadi terlalu bergantung kepada kerajaan dan itu sangat tidak baik.
Mana-mana negara yang rakyatnya fikir kerajaan berhutang dengan mereka tanpa melakukan apa-apa kerja, akan menjadi bankrap” – Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau turut mempersoalkan kenapa BR1M berjumlah RM500 setahun diberikan kepada rakyat yang berpendapatan isi rumah RM4000 sebulan yang setahunnya berpendapatan Rm48000.
“Kenapa berikan mereka RM500. Sebab anda mahu jadi popular. Dan peliknya, rakyat dapat menerimanya. Tetapi saya tahu di Ipoh, ada mereka yang enggan menerima BR1M” – Tun Dr Mahathir Mohamad
Mahathir menambah, objektif kerajaan sekarang adalah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak mungkin melalui pelaburan domestik dan asing, untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih berdikari, selain mengurangkan BR1M sedikit demi sedikit.
“Kami akan kurangkan sedikit demi sedikit apa yang kami berikan kepada mereka (BR1M) dan menerangkan kepada mereka objektif kami. Saya sering sebut mengenai tongkat, sekarang anda perlu buang tongkat, berjalan dengan kaki sendiri. Kemudian anda akan jadi kuat dan akan menjadi lebih baik. Jika anda manjakan rakyat, mereka menjadi lemah.” – Tun Dr Mahathir.
Video wawancara kredit The Malaysian Insight:
Hapuskan BR1M bertentangan dengan manifesto PH
Kenyataan Tun Dr Mahathir ini turut bercanggah dengan manifesto PH yang menjamin pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat.
Sebab sebenar hapuskan BR1M
TTKM mendapati kerajaan BN sebelum ini berupaya memberikan BR1M kepada rakyat kerana mereka memperoleh pendapatan yang banyak dari cukai GST yang berjumlah RM44 billion setahun, bukan kerana “wang curi” seperti yang didakwa Mahathir.
Malah, perutukan RM6.8 billion dari bajet 2018 untuk BR1M juga melebihi dari ‘wang curi’ RM2.6 billion.
Manakala kegagalan PH meneruskan BR1M adalah kerana SST cuma dapat memberikan pendapatan kepada kerajaan berjumlah RM21 billon, kurang separuh dari kutipan GST. Malah, Kerajaan terpaksa pula membelanjakan subsidi sebanyak RM3 billion sepanjang tahun ini untuk mengekalkan harga minyak ron 95 dan diesel.
Sementara itu, Joe Jimbet, seorang penyokong kerajaan menemui TTKM lalu mempersoalkan:
“Kita minta hapuskan tol dia hapuskan BR1M ke? Tengok apa jadi semalam, bumbung tol pun roboh! Tak nampak ke tandanya apa itu?” – Joe Jimbet

-TTKM-