#CerTot: Cerita Sontot

#Certot
 
“Berapa lagi kita ada?” Tanyanya dalam dialek utara,
 
Noobita tidak berani menjawab..
 
Atuk bertanya lagi.
 
“Cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum cuti sekolah ni? “
 
Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat.
 
“Cukup Tun untuk rakyat cukup” jawab Noobita terketar-ketar.
 
“Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalau nak bagi 20% royalti minyak?”
“Err…soli arr Atuk. Soli aaa…Wa sula silap titik perpuluhannya pun.” Jawap Noobita hampir terkucil.
 
“Nokharom sungguh! Noob betoi hampa ni! Tak boleh harap!” marah Atuk sambil mengetuk kepala Noobita. 
 
“Nak benda ni tak Atuk?” tanya Mat Sabun sambil menghulurkan mikrofon kepada Atuk.
 
“Nak buat apa?” Tanya Atuk
 
“Baling! Baru nampak betul marahnya. Kalau tak, kami ingat Atuk berlakon. Atuk kan kuat berlakon” jawab Mat Sabun sambil tersengih.
Majeli kemudian menyampuk.
 
“Err menteri, duit ada tak untuk hapuskan tol simpang renggam? Jenuh saya kena troll di media sosial. Depa siap masuk komen status saya dulu-dulu” tanya Majeli.
“Bilapa kali wa sula cakap. Lu kasi tau saja hutang kita 1 trillion settle la!”jawab Noobita.
” Oh! ok! ok!” Majeli tersenyum kambing sambil mengangguk.
Majeli kemudian pulang ke kampung halamannya di Simpang Renggam.
Ditanya pula oleh jiran sebelah rumahnya.
hahahah.jpg
“Bila nak hapuskan tol simpang renggamnya YB? Ini YB yang suruh tuntut bila dah menang pilihanraya. ” tanya Mak Cik Joyah yang sedang sibuk memberus kasut putih sekolah anaknya di luar rumah.
“Hutang  1 trillion makcik. Tak apa lah, tahun depan makcik tak perlu susah-susah basuh kasut sekolah putih tu. Kita bagi pakai warna hitam. Hebat tak? “tanya Majeli sambil membuat isyarat tangan dab.
“Ini kau punya hebat!Sembang lebat, kencing bersepah!” Jerit makcik joyah sambil membaling berus kasut tepat mengenai kepala Majeli.
Luka kepalanya. Keluar darah berwarna merah seperti tomato.
Majeli berhuhu. -TTKM-
#CeritaSontot #CertotManifestoPH #MalaysiaMembaca #CertotSayangiMalaysiaku

 
 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.