(VIDEO) “BR1M akan dikekalkan sekiranya PH menang PRU 14!” – Tun

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikekalkan oleh kerajaan pembangkang sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), menurut laporan FMT pada January 15, 2017. 

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bagaimanapun berkata, BR1M tidak boleh dimasukkan ke dalam manifesto mana-mana parti.

“Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak diberi kepada pengundi pada apa juga peringkat untuk mendapat sokongan dalam pilihan raya

“Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto parti.

“Jika dipersetujui rakyat BR1M akan dijadikan bantuan ‘statutory’ yang ditentukan undang-undang dan bajet biasa. Perdana menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya atau cara penyampaiannya,” katanya semasa melancarkan parti itu secara rasmi di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan dengan itu salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata parti pembangkang campuran akan memberikan bantuan kepada mereka yang miskin dan daif agar mampu meneruskan hidup dengan sempurna.

“Soal mereka sokong atau tidak parti campuran pembangkang tidak akan diambil kira dalam bantuan yang akan diberi,” katanya. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.