Caj Klinik Swasta naik tiga kali ganda tahun depan!

PUTRAJAYA : Lawatan ke doktor di klinik swasta di seluruh negara kemungkinan akan naik tiga kali ganda bermula tahun depan, lapor The Star yang memetik agensi berita Bernama.

Caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.

Kenaikan caj  itu telah dipersetujui pada sesi town hall pada “Konsultasi Pihak Berkepentingan Mengenai Cadangan Semakan Caj Pengamal Am”, yang diadakan di Kementerian Kesihatan di sini pada Isnin (27 Ogos).

Bercakap kepada pemberita selepas menjadi moderator pada sesi itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (perubatan), Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, penyemakan semula tuntutan kenaikan caj itu adalah kerana kali terakhir ia dilakukan pada tahun 2006.

Dr Azman berkata sesi town hall  itu adalah sesi terakhir sebelum beliau mengemukakan kertas mengenai semakan yang dicadangkan kepada Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

“Menteri Kesihatan kemudiannya akan mengemukakan semakan yang dicadangkan bagi caj pengamal am kepada Jabatan Peguam Negara dan, jika semuanya berjalan lancar, maka ia akan dikemukakan kepada Kabinet untuk disokong,” – Datuk Dr Azman Abu Bakar

azman_abu_bakar_1533112726.jpg
Dr Azman, gambar dari NST

Dr Azman tidak menolak kemungkinan caj baru akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

Beliau berkata kementerian juga telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai kumpulan mengenai perkara itu.

“Hari ini, kami mengumpulkan semua pihak berkepentingan – bukan hanya doktor yang menjalankan klinik mereka sendiri – tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan pengguna.

“Ini adalah untuk memastikan supaya semakan amalan pengamal am dibuat dengan adil,” – Datuk Dr Azman Abu Bakar

Sebelum ini, manifesto PH menyebut Kementerian Kesihatan akan melaksanakan satu Skim Insurans Kesihatan bagi golongan B40 dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

Namun, selepas 100 hari memerintah, kerajaan PH dilihat gagal menunaikan janji tersebut, hanya 2 janji daripada 10 janji sahaja tercapai iaitu mamansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan Skim Caruman KWSP untuk suri rumah.

8 janji lain dicapati cicah kari tomato. -TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.