“Posting asal pertandingan certot dipadam facebook – akaun palsu buat laporan!” – Dr Maszlee

bottle

Putrajaya, 27 Ogos. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendakwa posting asal beliau mengenai pertandingan menulis cerita kontot atau singkatannya certot telah dipadam dari facebook angkara dilapor oleh akaun palsu. Oleh itu, beliau telah menaikkan posting yang baharu untuk pertandingan tersebut.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu posting di akaun facebook beliau semalam.

“Saya memohon maaf kerana pengumuman berkenaan peraduan “certot” terpaksa dibuat semula disebabkan beberapa pengguna Facebook dengan akaun palsu telah membuat laporan di Facebook berkaitan “post” tersebut. Bertungkus-lumus benar mereka mahu menyekat aktiviti-aktiviti yang Pihak Kementerian anjurkan. Alangkah bagusnya jika kesungguhan itu dimanfaatkan bagi membantu membangunkan negara kita.” – Dr Maszlee Malik

Walau bagaimanapun, pengkritik yang mahu dikenali sebagai Aigirl mendakwa posting asal pertandingan certot itu kemungkinan besar dipadam sendiri oleh page Dr Maszlee akibat sagung (sakit punggung aka butthurt) kerana tidak tahan ditroll oleh netizen di bahagian komen posting tersebut.

“Sebelum posting tu dipadam, banyak betul komen certot troll si Maszlee tu di bahagian komen. Dia malu mungkin, sebab itu dipadam. Sayang tak sempat tangkap layar. Tapi kalau lihat di posting baru pun banyak juga certot baharu yang troll beliau. Muhahahahihihiu!” – Aigirl.

TTKM meneliti posting Dr Maszlee terbaru mengenai certot itu dan mendapati di bahagian komen sememangnya penuh dengan pelbagai komen lucu dan certot berunsur troll memerli Dr Maszlee.

Berikut merupakan beberapa komen tersebut:

Anas Abd Jalil Pada suatu hari Malaysia diperintah oleh seorang PM penipu, tiba tiba saya terjaga dari tidur. Owh saya bermimpi rupanya.Alih alih mimpi saya menjadi kenyataan, seperti dejavu kerana rasanya pernah dulu hidup bawah PM penipu ini.Adakah saya dikurniakan kasyaf? Sekianlah Certot saya yang berkonsep open ending ini.

M Affiq KN Matanya membundar… Dia langsung tidak menduga… hatinya curiga… Ini bukan kali pertama.Baru tiga jam pos ulangan dihantar, kali ini dia sudah tahu, ini bukan main-main…Hatinya mendengus, “kalau macam inilah certot-certot sempena bulan kemerdekaan, habislah aku PRU akan datang…”

Mohd Nasrul Buat CERTING la.. cerita kencing.. Malaysia ni unik dimana warganya sudah terkena air kencing padu saorang tua lalu menyesal tak sudah

Mujiwara Luffy Zulhimi Power laa menteri pendidikan ni, hebat x sia2 dilantik. Dgn adanya certot rakyat marhein boleh menikmati cerita2 kontot yang berbau hancing di zaman naturalisasi ini. Huhu slruppp slruppp arhhhhh

Ku Juh Ku Rak Penampakan hantu di Tol Simpang Renggam
Dahulu aku berjanji mahu menghapuskan tol di sini. Ketika itu, aku cakap begitu berdegar-degar sekali. Walaupun aku hantu, tapi secara fizikalnya, aku masih boleh dilihat dan suara aku boleh didengari ketika itu. Setelah aku mencapai kemenangan, yang pastinya bukan hantu yang mengundi aku, aku cuba soroti kembali saat-saat manis aku menabur janCing atau janji hancingku. Aku terus kembali ke alam hantuku, di mana tiada lagi manusia boleh melihat diriku dan mendengar suaraku. Aku tahu mereka mengekoriku kerana janCing ku untuk menghapuskan tol di Simpang Renggam tidak dipenuhi, sebagaimana mereka khusyuk membaca cerita-cerita hantu tulisan Tamar Jalis. Sebenarnya aku ada di situ, cuma tidak lagi boleh dilihat. Tunggulah lagi 5 tahun, aku akan kembali muncul membawa janCing-janCing yang baru. Sekian, certot saya.
janCing = janji hancing

Zaki Abdul Sani MENTIBO CEMETOT tak tahan kena suntut beramai di post sendiri..
Dia delet post then repost semula..tapi kena suntut semula gangbang kah kah kah
Inilah certot saya😂

Mohamad Shafiq Ceritanya begini..pada satu ketika..di negeri wakatun..ada satu baghal..dia janji tol free pegi simpang renggam..tapi yg dia bagi kasut itam..baghal ni dulu keje kat IDEAS yg disponsor oleh NED amerika..dia bajet pandai kuar tv citer pasal isis..padahal maklumat pun petik drp internet..bukannye primary source pun..sekian certot saya. terima kasih

Bang Mat Art aduh kena pos balik ah ni…
Abu pegi tesko bawah RM50 dengan harapan penuh teroli paska pilihanraya. Rupanya masih kena bayar RM500. Sekali salah titik perpuluhan da. Dah la pergi balik kena tol jugak. Sekian. Sayangi Malaysia. Moral of setori, jangan percaya orang yang kuat kencing dan angkat jadi pemimpin. Eh

Amir Asyraf Alwi Dia terdiam.. riak wajahnya sayu.. kelihatan airmata mengalir..
Lantas Nobita memberanikan diri bertanya.. “Kenapa T? mau kencing lagi kah?”
T menjawab.. “Kaki aku kebas la bodo”

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.