Tiga status lama Dr Maszlee mengenai tol dipadamkan setelah ditroll netizen.

Putrajaya, 27 Ogos: Tiga status lama di facebook page Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai tol didapati dipadamkan setelah dikongsikan oleh fb page TTKM pagi tadi.

Status tersebut dipadamkan kerana  dipercayai Dr Maszlee mengalami sagung (sakit punggung aka butthurt) akibat ditroll oleh netizen di bahagian komen.

Untuk rekod, Dr Maszlee mencipta rekod menteri paling kuat ditroll oleh netizen. Perkara ini berlaku kerana pada PRU ke 14 lepas, beliau telah berjanji kepada pengundi Simpang Renggam bahawa tol di kawasan tersebut akan dihapuskan sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14. Beliau turut menyeru pengundi Simpang Renggam supaya menuntut janji tersebut apabila PH menjadi kerajaan.

Sebaliknya setelah Pakatan memenangi PRU, beliau krik krik bunyi cengkerik terhadap janji ini malah apa yang dilakukan oleh Dr Maszlee adalah mengumumkan kasut hitam untuk pelajar sekolah bermula tahun 2019.

Sebelum itu, status  Dr Maszlee yang menulis mengenai pantun turut dipadamkan semalam kerana penuh pada bahagian komennya ditroll oleh netizen.

Berikut pula status yang sempat ditangkap layar oleh TTKM sebelum dipadamkan oleh fb page Dr Maszlee pagi tadi:

“Kreatif? Atau literalis?”Dr Maszlee, 19 Dis 2013.

“Apakah benar janji yang tak ditepati ini?– Dr Maszlee 17 Disember 2013

“Hmmm. yang biaya pembinaan lebuhraya adalah duit rakyat kan?” – Dr Maszlee Malik, 16 Disember 2013. 

Link asal yang dipadamkan :

Kelmarin, Dr Maszlee memohon maaf kerana menaikkan posting mengenai pertandingan menulis cerita kontot, certot sekali lagi. Beliau mendakwa posting asalnya dipadam oleh facebook setelah dilaporkan oleh pengguna akaun palsu.-TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version