Oleh : Arif Atan
Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Pukul 7.40 pagi, sudah tujuh keping murtabak diletak atas tempat masak.
Pukul berapa dia sudah bersiap dan mula menghidupkan api gas?
Anak muda Melayu berusia dalam lingkungan lewat 20-an itu tak melilau memandang orang lalu lalang pun.
Dia tekun terus mencanai murtabaknya kala cuaca mendung sungguh. Hujan rintik pula menyinggah.
Dua lagi yang hampir sebaya dengannya sibuk mengemas dan menyusun itu, ini. Itu Di tepi pondok polis.
Lorong kecil selepas bangunan Pasar Transit Zon 1C ini juga sibuk dengan pekerja rata-rata orang Acheh dan Jawa menolak barangan jualan.
Bunyi mesin kelapa dan pemotong daging bekerja saling bertingkah serentak dengan penjual bunga wanita muda Melayu sibuk merenjis kuntuman berwarna-warni.
Dalam pasar pula, peniaga berbilang kaum sibuk menyusun buah dan sayuran. Ada bau minyak wangi di sana sini. Maklumlah, mahu bertemu pelanggan. Baik lelaki dan perempuan berhias dan bersiap diri rapi.
Agak menarik, sama ada di pinggir dan dalam pasar, langsung tidak kedengaran radio dipasang atau putaran lagu berkumandang.
Masing-masing begitu tekun dengan kerja. Siapa kata rakyat perlukan tongkat? Lebih parah masih mengitar semula fitnah Melayu pemalas?
Mereka yang suka memperlekeh marhaen itu, kala pukul 7 pagi berada di mana? Masih di katil?
Meminjam kata tegas YB Abdullah Sani, “Buat kerja tak jalan lagi tiba-tiba nak hapus BR1M”.