Certot 2 : Pertandingan adu bodoh

Oleh : Mohd Rafiq Mujilan 

Ni lah contoh cerita sontot saya. Tiada kaitan antara hidup dan mati.

Di dalam sebuah kampung yang ceria. Seorang penghulu, Tok Kuti, kelihatan gusar akibat masalah yang sering melanda kampungnya. Masalah yang sering melanda adalah orang kampungnya tersangat lah perasan mereka itu bijak.

Jadi apabila masyarakat kampung itu berkumpul mereka sering beradu kebijaksanaan bagi membuktikan dan dalam masa yang sama berharap mereka dijadikan sebagai seorang mahacai kepada Tok Kuti.

Hal ini sangat memeningkan Tok Kuti, kerana beliau risau kedudukannya sebagai penghulu akan tergugat akibat hal sebegini. Sepatutnya seorang mahacai tidak boleh menjadi lebih bijak dari Tok Kuti,

Maka Tok Kuti, membuat pertandingan adu bodoh di kampungnya.

Berkumpullah orang kampung di hadapan rumah. Maka berucaplah tok kutty di hadapan orang kampung.

“Bahawasanya siapa yang mampu menjadi bodoh dan mengeluarkan statement bodo dalam masa yang sama menyontot ideologi rakyat marhaen lain akan ku lantik mereka menjadi mahacai aku dan berkahwin dengan anakku Mareyna Elgiviti.” Tok Kuti.

Maka berebut-rebutlah penduduk kampung mengeluarkan statement mereka.

“Nelayan perlu menanam pokok nenas dan rembutan di tgh laut. Makanya bila berbuah jadilah tomato. Korang ape tau!!! “- Pudin

“Masih kurang umpphhh” ujar Tok Kuti.

Seorang penduduk kampung yang bernama Majeli, bertelinga sebesar besen yang ade title tabib di kampung itu pun mencuba,

“Kasut itam adalah punca mengapa mybrain penduduk kampung menjadi benak!” – Majeli

Namun begitu Tok Kuti masih lagi tidak tertarik dengan kebodoan Majeli. Kebodoan Majeli tidak setaraf dengan kecapangan telinganya.

Tiba-tiba muncul pula seorang penduduk kampung bernama Saboon yang amat terkenal dengan balingan mikropon mencuba nasib.

 “Pertahanan di kampung kita wajar di kaji. Kita patut buat pagar kertas di keliling kampung.” – Saboon

Masih tiada senyuman di muka Tok Kuti. Kelat mukanya seperti lawatannya ke negeri sepet sebelum ini. Tiba-tiba

KEPALA BAPAK MEREKA!!!” jerit seekor lutong… ehhh apsal lutong pon nak join?

Tanpa semena-mena munculnya seorang pahlawan kampung bernama Lym… beliau pun mencuba nasib.

“SST mampu menurunkan harga tomato! – Lym

Tok Kuti tertunduk. Dia tersenyum. Getaran badannya makin ketara. Die menjerit.

“Kita dah jumpa mahacai dan dia lebih layak menyontot dari kalian!” Tok Kuti.

Maka bergegak gempita seluruh penduduk atas keraian mahacai itu.

Tiba-tiba, si orang gila bernama Mat Maselan berkata.

“Dulu korang cakap aku gila. Sekarang korang lagi  gila!” – Mat Maselan.

Sekian certot saya.  Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. – TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version