Ini bukti video kejayaan taman perindustrian Qinzhou China-Malaysia di negara China- Najib Razak

Oleh : Najib Razak

Lanjutan dari posting saya semalam tentang isu MCKIP, ini ialah video laporan China Report ASEAN CRA bulan lalu tentang Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di bandar Qinzhou di negara China.

MCKIP di Kuantan merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan CMQIP.

Jalan besar yang telah diberi nama Lebuh Kuantan ada di CMQIP.

lebuh-kuanan-main1.jpg
Lebuh Kuantan di CMQIP, Qinzhou, China.

MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.

CMQIP di Qinzhou yang kini sudah sangat berjaya pula dimiliki oleh China dengan 51% pegangan saham dan 49% oleh Malaysia dengan keluasan sebesar 55 kilometer persegi – iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

Ya, keluasan CMQIP ialah 55 kilometer persegi.

Walaupun CMQIP begitu besar dan ada jalan yang bernama Lebuh Kuantan di sana, rakyat China tidak mengadu bahawa China sudah dijual kepada Malaysia -TTKM-

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: