“Larangan jual unit Forest City kepada orang asing belum diputuskan!”- Menteri

PUTRAJAYA, 28 Ogos— Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin berkata kenyataan perdana menteri tentang orang asing tidak boleh membeli unit di pembangunan Forest City belum lagi dirasmikan dalam polisi, lapor The Malay Mail. 

Beliau turut memberitahu pemaju supaya menghubungi kementeriannya dengan menulis untuk mendapatkan kepastian tentang pengumuman Tun Dr Mahathir itu.

Tambah Zuraida lagi, sebarang resolusi mestilah melibatkan kementerian kewangan dan kerajaan negeri Johor.

“Buat masa sekarang, ia masih belum diputuskan sama ada mereka boleh menjual hartanah kepada orang asing.

Kita mesti meneliti (situasi ini) dan memberikan laporan kepada perdana menteri.” – Zuraida Kamaruddin.

Scale Model Forest City, gambar NST.

Apabila ditanya untuk menyatakan adakah CGPV tidak boleh menjual unitnnya kepada bukan rakyat Malaysia, Zuraida berkata:

“Tetapi setakat ini tiada kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, hanya kenyataan (lisan) beliau sebagai respon kepada media” – Zuraida Kamaruddin.

Ketika sidang media di Kuala Lumpur semalam, Dr Mahathir berkata selain melarang penjualan unit Forest City kepada orang asing, visa juga tidak akan diberikan kepada mereka untuk menetap di Malaysia.

Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan pembangunan hartanah tempatan yang tujuan utamanya adalah pembeli asing dan harganya di luar kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia.

Pemaju kemudian memberi respon pada hari yang sama dengan menyatakan mereka mematuhi undang-undang tempatan dan syarat-syarat berhubung penjualan hartanah tersebut kepada orang asing. Pemaju turut mendakwa bahawa kenyataan Mahathir telah disalah erti oleh laporan media.

Kenyataan pemaju, Country Garden Pacificview Sdn Bhd.

Ketika PRU ke 14, Mahathir menggunakan isu penjualan unit Forest City kepada orang asing sebagai salah satu kempen utama. Malah, beliau turut turun ke pusat jualan Forest City di Johor sambil menunjukkan isyarat ‘thumbs down’. 

Ketika itu, beliau juga berharap pembangunan di Forest City menjadi hutan belantara.

“Saya berharap Forest City itu akan betul-betul jadi forest (hutan belantara). Penduduknya akan terdiri daripada kera dan monyet” – Tun Dr Mahathir.

Pada 2 Ogos lalu, menteri tanah, air dan sumber asli, Xavier Jayakumar  berkata penjualan tanah milik kekal (free hold) di kawasan Forest City, Johor kepada warga asing adalah dibenarkan.

“Tentang isu tanah di Forest City saya sudah maklum, tanah-tanah boleh dijual kepada orang asing mengikut peraturan yang dikeluarkan dalam Majlis Tanah Negara berkuatkuasa mulai Mac 2014 ,orang asing boleh miliki tanah,” –  Xavier Jayakumar

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version