Sah! Kerajaan pertimbang cukai baru: “CUKAI SODA. “

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan cukai baru, cukai minuman ringan atau lebih dikenali sebagai cukai soda.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cukai tersebut perlu bagi membendung masalah kesihatan terutamanya kencing manis, menurut laporan Malaysiakini.

“Kami dapati beberapa orang minum air botol ini dalam satu hari enam hingga tujuh botol air minuman. Ini bukan keperluan. Anda boleh minum air (kosong). Jika anda minum air botol, ada banyak gula didalamnya.

Kita mahu kurangkan kadar pengambilan gula. Sebab kita pergi di mana-mana di hospital, anda akan dapati terdapat orang yang datang dengan penyakit tertentu dan bila kita melakukan pemeriksaan, semua mereka mengidap kencing manis.

Kadar kencing manis sangat tinggi di Malaysia sebab kita mengambil gula terlalu banyak.” – Tun Dr Mahathir

Idea cukai baru itu pada mulanya dibangkitkan oleh pegawai khas menteri kewangan Tony Pua pada 16 Ogos lalu untuk menambah kekurangan RM19.4billion dalam bayaran balik GST.

Anggota Parlimen Damansara Tony Pua itu juga berkata langkah itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah (B40) kerana mereka “tak perlu minum Coke”.

“Misalnya, jika kita nak laksanakan cukai soda, iaitu seperti cukai kepada Coca-cola lah, ia ada dua kegunaan. Nombor satu, ia dapat membawa sedikit hasil bagi kerajaan. Ia tidak membebankan rakyat B40 kerana tak perlu minum Coca Cola. Tapi pada masa yang sama kita akan menggalakkan kehidupan lebih sihat. “ – Tony Pua

Kenyataan Tony Pua itu mendapat kecaman teruk di media sosial. Apabila diasak wartawan, akhirnya beliau berkata cadangan tersebut cuma pandangan peribadi beliau.

Kerajaan PH berdepan kekurangan hasil apabila GST dibatalkan yang digantikan dengan SST pada 1 September ini.

Kerajaan menjangkakan SST bakal mengutip RM21 juta setahun, kurang separuh dari kutipan GST berjumlah RM42 juta pada tahun lepas. Oleh itu, pengenalan cukai-cukai baru dipertimbangkan untuk menampung kekurangan tersebut.

Pengenalan cukai soda akan meningkatkan harga air minuman tersebut secara langsung.

Seorang pengkritik, Joe Jimbet  menghubungi TTKM dan berkata:

“Mana ada orang minum air coke sampai 6 botol sehari! Mengarut betullah atuk ni! Cakap je la duit tak cukup kan senang cerita. Ini saja je bagi alasan macam-macam nak cukaikan rakyat. Cuba tanya atuk, kenapa kuda hidup tak kena cukai? Masa kempen PRU 14 bukan main nak kurangkan kos sara hidup, sekarang sudahlah tiada harga turun kecuali tomato, nak kenakan pula cukai soda? Musibat betullah! ” – Joe Jimbet

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.