U-turn lagi: Warga asing kini boleh beli unit Forest City.

Putrajaya melakukan pusingan U buat sekian kali apabila Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengeluarkan kenyataan menjelaskan bukan warganegara dibenarkan untuk menetap di Malaysia menerusi skim Malaysia My Second Home (MM2H).

Dari segi pembelian harta perumahan oleh warga asing, dari negara-negara luar, Malaysia mempunyai syarat-syarat sedia ada yang boleh diperoleh dalam carian umum. – PMO

Berhubung pembelian hartanah pula, PMO berkata Malaysia meletakkan syarat-syarat tertentu dan maklumat tentangnya juga terbuka kepada umum.

“Namun pembelian harta perumahan bukanlah satu jaminan untuk mendapatkan status penduduk tetap secara automaik”  – PMO

Kenyataan pejabat perdana menteri itu adalah susulan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa orang asing dilarang membeli hartanah di Forest City, Johor.

Pejabat perdana menteri juga turut berkata kerajaan sentiasa mengalu-alukan pelaburan langsung asing yang menyumbang kepada pemindahan teknologi dan mewujudkan industri dan peluang pekerjan kepada penduduk tempatan.

Berkenaan pelancong China, kenyataan itu berkata kerajaan mengalu-alukan mereka selagi mematuhi syarat yang ditetapkan imigresen.

“Para pelancong dari China diberi visa 30 hari sekali masuk apabila melawat negara ini. Dalam tahun 2017, Malaysia berjaya menarik 2.3 juta pelancong dari China dan untuk tahun-tahun selanjutnya, seramai 10 juta pelancong dijangka berkunjung ke negara ini” – PMO

6ad87db6-2423-435e-965a-d59a22366ca1.jpg

 

syq-johorforestcity3-27082019_0
Model skala Forest City. gambar NST.

Forest City merupakan projek hartanah berkeluasan 12 kilometer persegi di empat pulau buatan di selatan Johor bertentangan dengan Singapura. Ia dijangka didiami 700,000 orang menjelang 2035 dan dipasarkan sebagai rumah kedua untuk golongan elit terutamanya dari negara China.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin berkata kenyataan perdana menteri tentang warga asing tidak boleh membeli unit di pembangunan Forest City, belum lagi dirasmikan dalam polisi.

“Buat masa sekarang, ia masih belum diputuskan sama ada mereka boleh menjual hartanah kepada orang asing.

Kita mesti meneliti (situasi ini) dan memberikan laporan kepada perdana menteri.” – Zuraida Kamaruddin.

Ketika PRU ke 14, Mahathir menggunakan isu penjualan unit Forest City kepada warga asing sebagai salah satu kempen utama. Malah, beliau turut turun ke pusat jualan Forest City di Johor sambil menunjukkan isyarat ‘thumbs down’.

madey.jpg

Ketika itu, beliau juga berharap pembangunan di Forest City menjadi hutan belantara.

“Saya berharap Forest City itu akan betul-betul jadi forest (hutan belantara). Penduduknya akan terdiri daripada kera dan monyet” – Tun Dr Mahathir.

Pada 2 Ogos lalu, menteri tanah, air dan sumber asli, Xavier Jayakumar  berkata penjualan tanah milik kekal (free hold) di kawasan Forest City, Johor kepada warga asing adalah dibenarkan.

“Tentang isu tanah di Forest City saya sudah maklum, tanah-tanah boleh dijual kepada orang asing mengikut peraturan yang dikeluarkan dalam Majlis Tanah Negara berkuatkuasa mulai Mac 2014 ,orang asing boleh miliki tanah,” –  Xavier Jayakumar

Kerajaan Pakatan Harapan kerap kali melakukan U-Turn dalam keputusan polisi sejak menubuhkan kerajaan 10 mei lalu menyebabkan netizen menggelar mereka sebagai Pakat-U-Turn Harapan. -TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.