KAJANG: Kementerian Pendidikan akan mengkaji cadangan untuk membina 10 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), menjadikan jumlah kesemuanya 26 buah sekolah seumpama itu dalam kajian, menurut laporan Bernama.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata selain cadangan membina 10 lagi SJKC dan memperuntukkan enam lagi di kawasan yang ramai penduduk, beliau mendapati ada 10 SJKC yang dicadangkan yang belum terlaksana.
“Bila saya mengambil alih jawatan, saya dapati ada 10 lagi SJKC yang dijanjikan oleh kerajaan lalu antara 2012 dan 2017 tetapi belum ada tindakan.
“Jadi kami akan memutuskan yang mana lebih mendesak akan dilaksanakan dulu,” – Teo Nie Ching
Beliau berkata demikian pada ceramah kempen Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil Balakong di Sg. Chua di sini malam tadi.
“Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya. Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai,” Teo Nie Chin
Katanya kementerian akan menjalankan kajian menyeluruh, mengumpul pandangan daripada pelbagai pihak yang ada kepentingan dan mengambil kira kepentingan bahasa Melayu serta keharmonian kaum.
“Kementerian akan memastikan isu UEC tidak akan menjejaskan kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu, serta tidak menjejaskan perpaduan serta keharmonian antara kaum di negara ini,” – Dr Maszlee
-TTKM-