Kenapa BR1M dan segala macam jenis subsidi terpaksa dikurangkan/ dihapuskan ?

Oleh : Najib Sahaari

Kenapa BR1M dan segala macam jenis subsidi terpaksa dikurangkan, ( kemudian dihapuskan) ?

Sebab pendapatan kerajaan berkurang .

Itu sahaja sebabnya .

Sebelum ini kita ada lebihan untuk operasi sebanyak RM5billion . Kata lain pendapatan cukai melebihi kos operasi sebanyak RM5billion . Bila kerajaan hapuskan GST automatik kita dah defisit sebanyak RM15billion . Jadi, kerajaan kenalah potong subsidi sebanyak mungkin untuk kita tidak berhutang untuk kos operasi .

BR1M menelan belanja sebanyak RM6billion setahun, ada lagi RM9billion nak cari untuk dipotong .

Jika Kerajaan tidak perkenalkan cukai baru yang lestari, memang akan ada lagi subsidi yang akan dipotong . Kenaikkan Gaji dan bonus penjawat awam memang tiada lah .

Jadi, BR1M ni permulaan sahaja, akan ada banyak lagi subsidi yang akan dipotong . Petunjuk yang dah keluar mungkin kesihatan .

Untuk pendidikan , yuran sekolah , bantuan buku and etc tu boleh la sedia siap-siap. Benda tu pun mungkin akan dipotong . Silap-silap haribulan, gaji penjawat awam sekali kena potong .

Jadi janganlah letak pengharapan IPTA percuma , tol berkurang and segala janji bulan dan bintang tu . Memang tidak akan dapat .

P/S – Berdasarkan apa yang saya nampak , harga komoditi besar kemungkinan akan jatuh agak teruk juga lah . Ketika itu lagi banyak pendapatan kerajaan berkurang . Bersedialah. -TTKM-

(Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM – editor)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.