“POLISI BUMIPUTRA AKAN DIKAJI SEMULA!” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Bakal Perdana Menteri  ke 8 yang dirancang, Anwar Ibrahim menggariskan reformasi institusional termasuk kajian semula polisi bumiputra, menurut laporan agensi berita Jepun, Nikkei Asian Review. 

Peranan tersebut, menurut beliau akan dirangkum dengan lebih sebaik sahaja beliau dipilih sebagai ahli parlimen melalui pilihanraya kecil  tetapi bukan untuk menyukarkan Dr Mahathir, perdana menteri sekarang.

“Saya berhasrat untuk berada dalam parlimen paling awal bulan Oktober, melalui pilihanraya kecil 

Keputusan untuk aktif di parlimen adalah  strategik dalam erti kata anda tidak membuat tanggapan bahawa saya cuba mengganggu dan membuat perkara sukar bagi Mahathir” – Anwar Ibrahim

Katanya lagi, beliau akan memainkan peranan “check-and-balance” dengan melihat reformasi institusional termasuk mengkaji polisi Bumiputera.

“Polisi (bumiputera), yang berasaskan kaum dan (telah) disalah gunakan untuk mengkayakan kroni, perlu dihentikan”– Anwar Ibrahim.

Beliau mahukan kerajaan mengembalikan semula objektif asal polisi tersebut untuk mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan Bumiputra dan orang asal.

“Polisi yang membantu mereka yang dipinggirkan, minoriti dan Bumiputra yang ketinggalan perlu diteruskan  bukan sebagai polisi Bumiputra, tetapi tindakan affirmatif” –  Anwar Ibrahim.

Selain itu, Anwar juga percaya Mahathir akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada beliau sebagai perdana menteri ke 8 yang baharu.

“Saya percayakan beliau dan tiada alasan untuk saya mempersoalkan” – Anwar Ibrahim.

Pada PRU ke 14 yang lepas, Parti Keadilan Rakyat, dimana Anwar adalah presidennya kini, meraih kerusi terbanyak dalam koalisi Pakatan Harapan tetapi kurang diberikan portfolio dalam kabinet Dr Mahathir.

Sebelum Pakatan Harapan dibentuk, Anwar dan Mahathir merupakan musuh politik sejak 1998 apabila Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri.

Mahathir mendakwa Anwar tidak layak menggantikan beliau kerana masalah moral dan seorang peliwat.

Walaubagaimanapaun, Anwar menafikan perkara tersebut dan mengatakan beliau difitnah oleh Mahathir.

Tetapi kedua mereka menjadi Best Friend Forever (BFF)  ketika PRU 14 dengan penubuhan koalisi Pakatan HArapan untuk menjatuhkan BN.

Anwar kemudian mengatakan apa yang ditempuh beliau selama 20 tahun difitnah itu cumalah luka kecil. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version