“Saya bahayakan PKR dengan bertanding?Ini surat ROS!” – Rafizi Ramli

Oleh : Rafizi Ramli

Ada pimpinan parti dari kalangan Biro Politik yang menyebarkan berita bahawa saya bakal menyebabkan KEADILAN diharamkan kerana bertanding. Alasannya saya dijatuhkan hukuman dan jika bertanding, itu akan menyebabkan parti diharamkan.

Saya ingat masih ada yang berharap pencalonan saya dapat dibatalkan melalui cara “pintu belakang”.

Tindakan-tindakan saya selama ini selalu mendepankan parti. Walaupun ada yang berpendapat saya boleh mencuba nasib bertanding dalam PRU14 seperti yang dibuat Saudara Tian Chua, saya telah awal-awal lagi menerima hakikat saya tidak wajar bertanding.

Sebabnya ia boleh menyebabkan parti kehilangan satu kerusi, seperti yang hampir terjadi di Batu.

Saya dengan rela hati melepaskan kerusi Pandan untuk melindungi parti, supaya tidak ada sedikit pun risiko parti diusik.

Saya telah semak undang-undang dan mendapati Akta Pertubuhan membenarkan Pendaftar Pertubuhan memberikan pelepasan sekiranya permohonan dibuat.

Lalu, saya membuat permohonan terlebih dahulu untuk mengesahkan sama ada saya boleh bertanding. Permohonan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan, malah saya dimaklumkan ada 6 orang lagi yang permohonan pelepasan mereka diluluskan.

Rafizi-Ramli.jpg
“Wek!” 

Saya sertakan surat kelulusan Pendaftar Pertubuhan. Saya tidak menggunakan kabel, tidak menulis kepada menteri, tidak berjumpa sesiapa. Saya hanya membuat permohonan terus kepada Pendaftar Pertubuhan dan Alhamdulillah, ia diluluskan.

Sebaiknya kita menumpukan perhatian kepada hujah-hujah kempen, bukannya cuba mencari pintu belakang untuk menamatkan saingan orang seperti saya.

Selamat memilih!

Rafizi Ramli
28 Ogos 2018

lapuij iros2.png
Surat kebenaran bertanding dari ROS, sumber : FB Rafizi Ramli

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: