“Gagal tunai janji manifesto : Kerajaan perlu minta maaf” – Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Kerajaan perlu meminta maaf kepada rakyat kerana gagal melaksanakan sepenuhnya manifesto dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Beliau turut berkata setiap perkara yang dijanjikan dalam manifesto itu perlu ditunaikan walaupun mengambil tempoh panjang.

“Apa yang kita janji, kita kena menjalankan usaha dan ikhtiar untuk tunaikan. Itu janji, tetapi jika sudah ikhtiar sedaya upaya, ada masalah, kita kena minta maaf dan minta tangguh serta minta tempoh.

“Jangan kita pertikaikan janji sendiri, soal pendekatan saya katakan tidak semua janji yang dapat kita tunaikan kerana kita pun tidak tahu masalah ekonomi kita begitu rumit, hutang begitu banyak,” – Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum ini berkata, kerajaan tidak perlu memohon maaf kepada rakyat walaupun gagal menunaikan 10 janji dalam 100 hari yang menjadi manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14. Beliau juga merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim.

Manakala Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata manifesto bukanlah kitab suci yang wajib diikuti sebaliknya ia hanyalah sebagai panduan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan perlu memaklumkan kepada rakyat setiap janji yang sudah dilaksanakan.

Beliau juga berkata perlu ada sifat rendah diri, tawaduk, sifat yang mulia perlu ada pada rakyat dan kalangan pemimpin.

Soal netizen kritik di media, kita kena terima. Di media diberikan ruang dan kebebasan dan jika berasa pandangan itu meluas, jawablah. Jangan risau sangat orang kritik, minta maaflah dan minta tempoh. Saya tidak fikir rakyat akan begitu keras,” Anwar Ibrahim.

Parti pimpinan Anwar, Parti Keadilan Rakyat merupakan parti politik yang mempunyai kerusi paling banyak dalam kerajaan Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan selepas 9 Mei lalu.

Walaupun demikian, PKR tidak mendapat representasi yang adil dalam kabinet Dr Mahathir berbanding parti politik minoriti lain seperti Bersatu dan Amanah.

10 janji 100 hari Pakatan Harapan hanya dua sahaja ditepati, manakala 8 janji lain dicapati cicah kari tomato.-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.