Mana ada saya letak jawatan!

Menteri kewangan, Lim Guan Eng menolak spekulasi bahawa beliau akan meletak jawatan dari kabinet, menurut laporan Malaysiakini. 

“Terdapat khabar angin bahawa saya akan letak jawatan, jadi ada persamaan (situasi). Maka, mari kita tunggu, durian rasa lebih sedap bila ia jatuh” -Lim Guan Eng

Lim berkata khabar angin tersebut telah berlegar lebih sebulan dan beliau tidak tahu motif di sebalik khabar angin itu.

Apabla ditanya adakah beliau akan letak jawatan, beliau menjawab

“Tentu tidaklah!” – Lim Guan Eng

Semenjak menjawat jawatan menteri kewangan, Lim menerima tekanan dari pelbagai sudut. Malah beliau turut melakukan kesilapan memalukan apabila tersalah titik perpuluhan sehinggakan  beliau ditroll netizen sebagai Nobita, satu watak kartun jepun dalam siri Doraemon.

Nobita.

Lim merupakan menteri kewangan berbangsa cina pertama semenjak 44 tahun.

Ketika dilantik beliau berkata,

“Saya tidak melihat diri saya sebagai orang Cina. Saya orang Malaysia” – Lim Guan Eng

Walaubagaimanapun, pemimpin DAP yang lain masih tetap juga memainkan isu perkauman.

Menteri sumber manusia, M. Kula Segaran berkata orang india lebih awal datang ke tanah melayu dan orang melayu merupakan pendatang

“Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini ? 2500 tahun lalu.Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.” – M. Kula Segaran

Tetapi, beliau menarik balik kenyataan dan memohon maaf setelah transkrip ucapan beliau menjadi tular.

Manakala, timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching pula tanpa penat lelah memperjuangkan pengiktirafan UEC dan menambahkan jumlah sekolah SJKC -TTKM-

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version