Pelantikan Petron adalah untuk persaingan sihat – Kementerian Kewangan

Putrajaya, 30 Ogos: Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelantikan syarikat Petron sebagai salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan dilakukan  untuk mewujudkan persaingan yang sihat.

5a333b07-f7b7-4f18-91ea-b0efcad771c0.jpg

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian tersebut petang ini, Petron bukanlah pembekal tunggal untuk minyak bagi kegunaan kenderaan kerajaan.

“Perlu ditegaskan, Petronas dan Shell masih merupakan pembekal minyak petrol dan diesel untuk kegunaan kerajaan sejak 1997,”  – Kementerian Kewangan Malaysia.

Kata Kementerian Kewangan pelantikan Petron itu juga tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan, dan dibuat mengikut kaedah pentadbiran yang normal.

Melalui pelantikan itu kata Kementerian Kewangan kerajaan memiliki lebih banyak pilihan.

“Dan ia dapat membuka peluang serta persaingan sihat di kalangan pembekal minyak petrol dan diesel”Kementerian Kewangan Malaysia.

Menurut Kementerian Kewangan kerajaan tidak mengehadkan jumlah pembekal untuk menyediakan petrol dan diesel kepada kenderaan kerajaan.

“Pembekal lain yang berwibawa dan mempunyai jaringan stesen di seluruh negara juga boleh memohon,” Kementerian Kewangan Malaysia.

Walaubagaimanapun, pengkritik yang enggan dinamakan menghubungi TTKM dan mengatakan kenyataan terbaru Kementerian Kewangan ini adalah berbaur politik, cuba untuk menghalalkan kronisme terutamanya apabila ia menyatakan “tiada implikasi kewangan”.

“Jika tiada  implikasi kewangan, apakah keperluannya melantik Petron?
Bukannya Petron menawarkan harga yang lebih  murah. Lantik atau tidak, tiada beza pun pada harga.  Mereka cuma berikan sebahagian yang selama ini dinikmati Shell and Petronas, kepada Petron juga. Dia nak piece of the cake untuk anak dia. Perkara ini masih dikira kronisme dan conflict of interest! Kenapa tak buka pada semua syarikat minyak?” 

Pagi tadi,  sebahagian kandungan surat mengenai pelantikan Petron sebagai pembekal bahan api kepada kerajaan menjadi tular di media sosial.

TTKM mengesahkan kesahihan surat tersebut setelah menghubungi pegawai terbabi yang mengeluarkan surat tersebut.

 

Pada PRU ke 13 yang lalu, Datuk Seri Anwar membidas pemberian kontrak pembekalan bahan api kepada Petron untuk kegunaan MAS.

“MAS di bawah telunjuk penasihat mereka, Mahathir Mohamad dengan bantuan Datuk Seri Najib telah meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari syarikat anak Mahathir sendiri iaitu Petron.

MAS dipaksa untuk tidak membeli minyak lain selama enam bulan selain minyak dari syarikat Mirzan dan tindakan ini telah menyebabkan kerugian berkali ganda untuk MAS sendiri.

“Apa puncanya mereka rugi? Puncanya adalah perangai pemimpin Umno yang dibawa oleh Mahathir yang mengalakkan pemberian keuntungan untuk kroni dan anak-beranak,” – Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, Anwar dan Mahathir kini menjadi best friend forever (BFF) ketika PRU 14 apabila mereka membentuk koalisi Pakatan Harapan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. Sejak itu, Anwar tidak lagi berani mengkritik Mahathir atau anak-anaknya.

Manakala, calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli pula sebelum ini berkempen memohon orang ramai supaya tidak mengisi minyak di Petron kerana menurut beliau ini akan mengkayakan anak-anak Mahathir.  -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.