BERMULA 1 SEPTEMBER: SEMUA TOP UP PRA-BAYAR KENA SST 6%

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Semua tambah nilai pra-bayar (pre-paid) akan dikenakan cukai SST 6% bermula 1 September ini. Beberapa telco telah mengesahkan perkara ini  di laman web dan fb mereka.

Menurut Tunetalk,

tune

“Harga Prabayar Tunetalk bermula 1 September 2018 dan seterusnya. Sebarang pembelian akan ditolak cukai SST serendah 6%. Tambah nilai RM10 akan menerima RM9.43” – Tunetalk.

Di laman web Celcom juga mengesahkan perkara yang sama

“Perkhidmatan pra-bayar adalah perkhidmatan yang dicukaikan dan SST akan dikenakan bermula 1 September. Jika anda menambah nilai RM10 bermula 1 September, SST 6% akan dikenakan dan anda akan menerima kredit RM9.43” – Celcom

celcom.JPG

Hotlink Maxis:

Apa perbezaan dengan GST sebelum ini?

Sebelum pengenalan GST pada april 2015, penjualan post-bayar dan pra-bayar juga tertakluk kepada SST 6%, tetapi telco menyerap cukai SST untuk pelanggan pra-bayar mereka.

Apabila GST diperkenalkan, semua penjualan dikenakan cukai tersebut termasuk pra-bayar pada kadar 6%. Contohnya, untuk tambah nilai RM10, pelanggan akan mendapat airtime sebanyak RM9.43. Walau bagaimanapun, setelah mendapat kecaman masyarakat, beberapa telco kemudian memberikan airtime dan sms percuma untuk tempoh masa tertentu. Kerajaan kemudian memperkenalkan mekanisme baru dimana pengguna menerima rebat untuk GST yang dibayar untuk perkhidmatan pra-bayar. Dalam erti kata lain, GST diserap.

Setakat ini, masih belum jelas sama ada cukai SST 6% tersebut akan diserap atau tidak.

Netizen kecam.

Hasil pemerhatian TTKM di beberapa FB pages yang menaikkan berita ini mendapati rata-rata mengecam tindakan kerajaan mengenakan cukai SST 6% kepada pre-paid.

Jai ArtLoot Nak kata bingai taktau la.. kerajaan dulu dh kena bash dgn rakyat kes topup kena deduct.. lepastu x jadi sebab rakyat x setuju.. ni kerajaan baru buat hal yg sama? You so dumb or what cant learn the lesson?

Faiq Ahmadd takkan kena kencing kot adoii.

Asmierul MQ Kami tak kesah la asalkan najib tumbang. Tak paham ke oii

Nurul Isma Inilah m’sia baru yg di inginkan… huhuhu

Muhammad Nakheiran yg ni celaka.. knapa dlu msa mlysia dh implement sst xde plak kna caj mcm ni??

Ashraf Zaha Ehh dulu mase zaman sst tada pon tolak2 mcm ni .. hahaha kene kencing lg bossku .. tada beza pon gn gst .. tukar nama jew .. hahahahahahahahahahaha hancing bossku

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.