Skip to content

1MDB: TOMMY THOMAS TARIK DIRI KES LAWAN NAJIB. Alasan: Tidak boleh beri komitmen, sibuk.

KUALA LUMPUR 1 September – Peguam Negara, Tommy Thomas menarik diri daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes menentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendakwaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di laman FB jabatan peguam negara.

Alasan tarik diri

Tommy memberitahu, alasan penarikan diri daripada pasukan itu adalah disebabkan oleh komitmen yang terlalu berat sebagai Peguam Negara dan juga pendakwa raya selain pelbagai tuntutan lain selaku pegawai undang-undang utama dalam kerajaan.

Sebelum ini, katanya, beliau telah pun membuat persediaan untuk mengendalikan perbicaraan untuk menentang Najib iaitu selama lapan minggu yang telah ditetapkan bermula pada 12 Februari 2019 dan berakhir pada 29 Mac 2019.

Tambah kenyataan tersebut, beliau berkata telah melantik penggantinya iaitu peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan berkenaan dan melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah.

“Sulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah termasuk jenayah kolar putih. Kemahirannya tiada tolok bandingnya dan kebijaksanaannya tiada saingannya. Sulaiman berintegriti tinggi dan sesungguhnya merupakan seorang peguam yang berprinsip,” Tommy Thomas

Untuk rekod, Sulaiman dan Sri Ram pernah berkhidmat sebagai peguam pembela untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa berbeza semasa perbicaraan kes liwat dua, manakala pendakwa yang dilantik ketika itu adalah Shafie.

Pelantikan peguam luar ketika itu mengetuai pendakwaraya oleh kerajaan BN dikritik hebat oleh Pakatan Harapan, tetapi kini apabila PH menjadi kerajaan, mereka melakukan perkara yang sama dengan melantik Sulaiman dan Sri Ram mengetuai pendakwaan.

Flip-flop atau mudah lupa?

Ketika pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara yang baharu, beliau berkata keutamaan beliau adalah kes 1MDB

“Keutamaan segera saya adalah semua perkara berkaitan 1MDB. Oleh itu, saya  perlu meneliti  kertas berkaitan skandal itu. Kami akan kenakan prosiding jenayah dan sivil di mahkamah terhadap mereka yang didakwa melakukan kesalahan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun yang akan terlepas. Tiada apa yang akan disembunyikan,” – Tommy Thomas

Malah, anak perdana menteri, merangkap menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir berkata sebelum ini pemilihan Tommy Thomas sebagai peguam negara adalah tepat kerana ia dapat membantu kerajaan untuk mengambil tindakan dalam banyak kes terutamanya 1MDB.

“..(Najib) telah bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang berhubung isu 1MDB sebab itu dia mengambil khidmat salah seorang yang agak terkenal selain peguam lain yang hebat. Sebab itu pihak kerajaan Persekutuan perlu ada Peguam Negara yang cekap, serius dan cemerlang seperti Tommy dan saya yakin dia dapat melaksanakan tugas dengan baik seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini,”  – Mukhriz Mahathir.

Selain itu,tiga  peguam senior di firma guaman Tommy Thomas Advocates and Solicitors ketika itu turut mengeluarkan kenyataan yang berkata pelantikan Tommy Thomas adalah untuk memastikan Malaysia mempunyai peguam terhandal untuk mengambil tindakan terhadap skandal 1MDB.

“Memandangkan pemerolehan kembali aset korporat merupakan topik hangat sekarang dan dengan kerajaan memberi tumpuan untuk mendapatkan kembali aset 1MDB, kami tidak ragu-ragu berpendapat bahawa mereka telah melantik peguam paling handal di Malaysia (Tommy Thomas) )dalam bidang itu, yang memiliki pengetahuan, pengalaman dan ketekunan untuk menerajui litigasi berkaitan 1MDB, sama ada dari segi sivil atau jenayah.” – Sitpah Selvaratnam, Alan A. Gomez dan Ganesan Nethi

Sebelum ini, perdana menteri berkata dalam puisi beliau bahawa orang melayu mempunyai sikap apa yang beliau sebut sebagai “Melayu Mudah Lupa”. Kes penarikan diri Tommy Thomas ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mudah lupa.

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Privacy Policy Designed using Magazine News Byte. Powered by

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: