Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di laman FB jabatan peguam negara.

Alasan tarik diri

Tommy memberitahu, alasan penarikan diri daripada pasukan itu adalah disebabkan oleh komitmen yang terlalu berat sebagai Peguam Negara dan juga pendakwa raya selain pelbagai tuntutan lain selaku pegawai undang-undang utama dalam kerajaan.

Sebelum ini, katanya, beliau telah pun membuat persediaan untuk mengendalikan perbicaraan untuk menentang Najib iaitu selama lapan minggu yang telah ditetapkan bermula pada 12 Februari 2019 dan berakhir pada 29 Mac 2019.

Tambah kenyataan tersebut, beliau berkata telah melantik penggantinya iaitu peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan berkenaan dan melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah.

“Sulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah termasuk jenayah kolar putih. Kemahirannya tiada tolok bandingnya dan kebijaksanaannya tiada saingannya. Sulaiman berintegriti tinggi dan sesungguhnya merupakan seorang peguam yang berprinsip,” Tommy Thomas

Untuk rekod, Sulaiman dan Sri Ram pernah berkhidmat sebagai peguam pembela untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa berbeza semasa perbicaraan kes liwat dua, manakala pendakwa yang dilantik ketika itu adalah Shafie.

Pelantikan peguam luar ketika itu mengetuai pendakwaraya oleh kerajaan BN dikritik hebat oleh Pakatan Harapan, tetapi kini apabila PH menjadi kerajaan, mereka melakukan perkara yang sama dengan melantik Sulaiman dan Sri Ram mengetuai pendakwaan.

Flip-flop atau mudah lupa?

Ketika pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara yang baharu, beliau berkata keutamaan beliau adalah kes 1MDB

“Keutamaan segera saya adalah semua perkara berkaitan 1MDB. Oleh itu, saya  perlu meneliti  kertas berkaitan skandal itu. Kami akan kenakan prosiding jenayah dan sivil di mahkamah terhadap mereka yang didakwa melakukan kesalahan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun yang akan terlepas. Tiada apa yang akan disembunyikan,” – Tommy Thomas