Pra-bayar dikenakan SST adalah disebabkan regulasi Kastam, bukan salah telco!

bottle

Putrajaya, 2 Sept: Sejak semalam apabila SST mula diperkenalkan, pengguna telefon mudah alih mengecam kerajaan apabila nilai tambah pra-bayar (pre-paid top up) dikenakan cukai SST sebanyak 6%.

This slideshow requires JavaScript.

Ada sesetengah pihak menuding jari pula kepada syarikat telco malah mereka dikatakan telah mengambil kesempatan dan ‘menyonglap’ duit pengguna dengan mengenakan SST pada nilai pra-bayar.

TTKM mendapati perkara sebenarnya adalah telco cuma menepati regulasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kastam Diraja pada satu panduan yang diterbitkan oleh jabatan tersebut pada 21 Ogos 2018. Arahan kepada telco untuk mengenakan cukai perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggannya dinyatakan dengan jelas:

“Seseorang yang menyediakan perkhidmatan yang dikenakan cukai
melebihi nilai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan dikehendaki didaftarkan di
bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan dikenali sebagai “orang berdaftar” dan
perlu mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kena cukai yang
dibuat kepada pelanggannya”

– Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Kastam turut  menerangkan dengan lebih terperinci mengenai perkhidmatan komunikasi  yang dikenakan cukai.

IMPOSISI DAN SKOP CUKAI
5. Berkuatkuasa 1 September 2018, di bawah Kumpulan I, Perkara 2(a),
Jadual Pertama, Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, penyediaan:
(i) Perkhidmatan telekomunikasi; dan…

6. Perkhidmatan telekomunikasi boleh dibahagikan kepada dua kategori:
(i) Telekomunikasi asas, contohnya, penghantaran suara atau data dari
penghantar kepada penerima;

(ii) Perkhidmatan nilai-tambah, yang mana syarikat telekomunikasi
memberi nilai-tambah kepada perkhidmatan telekomunikasi. 

– Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Secara spesifik, kastam kemudian menyatakan mengenai nilai tambah (top up) yang tertakluk pada cukai SST:

Perkhidmatan Nilai-tambah Dalam Telekomunikasi
8. Perkhidmatan telekomunikasi adalah berdasarkan atau bergantung kepada
kemudahan infrastruktur untuk peruntukkan perkhidmatan asas atau
perkhidmatan lain tanpa perlu membina infrastruktur rangkaian sendiri. Ini
termasuk:
(i) Perkhidmatan nilai-tambah rangkaian telefon tetap
(ii) Perkhidmatan nilai-tambah rangkaian mudah alih 

– Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Malah, pada muka surat 5, terdapat bahagian soal-jawab yang secara jelas menyebut prepaid sememangnya dikenakan SST:

Soalan : Adakah perkhidmatan pra-bayar (prepaid) tertakluk kepada cukai
perkhidmatan?
Jawapan : Perkhidmatan pra-bayar (prepaid) adalah tertakluk kepada cukai
perkhidmatan.

– Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Dokumen lengkap Kastam ini boleh dimuat turun di sini: https://mysst.customs.gov.my/assets/document/2.%20Panduan%20Telekomunikasi%2021082018-rev5.pdf

Untuk rekod, Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan jabatan di bawah Kementerian Kewangan di mana menterinya adalah Lim Guan Eng.

SST yang diperkenalkan semula menggantikan GST berkuat kuasa 1 September  di seluruh negara.

Semalam, TTKM melaporkan kebanyakan netizen mengecam cukai SST tersebut kerana telah menyebabkan kenaikan harga makanan dan barang. Mereka turut berkongsi bukti resit yang menunjukkan kenaikan harga yang mendadak.

Malah, mereka lebih terkejut apabila mendapati pengurangan harga itu berlaku pada nilai tambah, dimana topup RM10 hanya mendapat nilai kredit RM9.43. -TTKM-

40395427_10216036640856118_286550618737213440_o.jpg
Nilai kredit pra bayar yang berkurangan apabila ditolak SST. 

1 Trackback / Pingback

  1. SST untuk prabayar: "Kekeliruan! Ada masalah teknikal!"- Lim Guan Eng | Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.