Ulang tahun pemecatan Anwar :” Dr Mahathir cipta tuduhan, siasat, dakwa dan jatuhkan hukuman” – Saifuddin Nasution

Catatan ulang tahun pemecatan Anwar – Saifuddin Nasution

Oleh Saifuddin Nasution Bahagian 1

2 sept1998

Jam 12.45 thari

Terima call dari Ezam Mohd Nor bahawa Dr Mahathir beri kata dua kepada Anwar,

“Letak jawatan TPM atau didakwa di mahkamah!”

Terpinga2 saya mendengarnya, segera meninggalkan pejabat pemuda di tingkat 37 PWTC dan menuju ke kediaman resmi TPM di wisma Socfin. Ramai teman-teman dan kenalan berkumpul.

Jam 5ptg

Kenderaan volvo putih dinaiki pegawai polis bukit aman datang serahkan surat pemecatan Anwar sebagai TPM. Seusai solat maghrib, bekalan elektrik dan air rumah anwar diputuskan. Anwar kemudian berucap menerangkan punca masalah beliau dgn Dr mMahathir yg membawa pemecatan. Berbeda cara menangani kemelesetan ekonomi yang melanda negara. Selamatkan taukeh besar atau bela rakyat marhaen?

Guna wang petronas langsaikan hutang anak dr mahathir atau bela penjaja kecil dan subsidi rakyat bawahan?

Soros atau boros?

Punca sebenar jangan sampai diketahui rakyat maka fitnah terbesar dicipta.

Dr Mahathir, dia cipta tuduhan, dia siasat, dia dakwa dan dia juga jatuhkan hukuman.

Media, polis, peguam negara dan mahkamah menjadi alat.

Sejak hari itu wajah malaysia berubah!

Sungguh ini suatu perjuangan yang panjang. Hanya yang ikhlas dan istiqamah mampu bertahan.

Sumber:

Oleh Saifuddin Nasution Bahagian 2

Dua bilion dana petronas untuk selamatkan konsortium perkapalan milik Mirzan( anak Dr Mahathir) yang bergelut masalah hutang kesan kemelut ekonomi. Anwar menteri kewangan. Jaga amanah rakyat atau tolong seorang anak pembesar negara? pilihan anwar jelas, pertahan khazanah negara untuk rakyat. Pembesar mengamuk… beri kata dua,

“Kamu berundur atau didakwa di mahkamah!”

Anwar jawab “I will fight..”

3ptg Saya di rumah anwar. semakin ramai yangg datang. Muhyiddin, Dr afifuddin omar, Ibrahim Saad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah di antara terawal hadir.

5ptg Volvo putih pdrm masuk perkarangan rumah dan pegawai menyerahkan surat pemecatan sebg tpm.

8mlm Anwar berikan ucapan pertama menerangkan latar masalah..”the worst is not over yet..he is squeezing me”

Bekalan elektrik dan air diputuskan.

Semakin ramai rakan dan sahabat berhimpun. Keesokannya kami berkumpul lagi.

3sept 1998 dan hari-hari berikutnya

(Allahyarham) Ustaz Fadhil Nor tiba hari ke 2 ketika hampir waktu zohor. mengimamkan solat. Selesai solat masuk ke bilik bacaan anwar dan berbincang berdua..lama sekali.

Anwar dan famili kosongkan kediaman rasmi dan kembali ke rumah sendiri di bukit damansara.

Semakin ramai yg berhimpun. Mencecah ribuan. Anwar arahkan dibuka pentas ceramah. Zahid, Suslan kassim, saya dan Anwar membuka gelanggang.

Kami jelaskan punca permasalahan ialah berbeda pendekatan hadapi masalah ekonomi negara.

Tolong tawkey korporat atau tolong rakyat.

Media pemerintah mulakan serangan..cerita”liwat”. Saya temani anwar solat jumaat di masjid Damansara. Imam dan jemaah masjid menyerbu dan memeluk Anwar. Ramai menangis. Anwar dijemput berucap di atas mimbar. Dituduh liwat namun disayangi jemaah mesjid!

Kami turun ke mesjid Kampung Baru, Bangi, Pondok Derang Kedah(diasaskan almarhum us niamat yusof), stadium Sultan Mohamad Kota Bharu, Mesjid terapung Terengganu, Permatang Pauh, Batu pahat Johor dan Masjid Negara.

20 september Seusai solat isya berjamaah rempuhan komando polis pecahkan pintu dan tingkap.

Anwar ditangkap.

Sempat berbisik “jangan sampai semua tertangkap …”.

Anwar dibawa menaiki perodua rusa. Di pertengahan jalan dipindahkan ke kereta wira. Tiba di Bukit Aman dan lewat tengah malam dibelasah oleh ketua polis negara Rahim Nor di dalam polis. Insiden mata lebam membuka mata rakyat.

Bermula suatu perjuangan yg panjang ..menegakkan keadilan utk seluruh rakyat malaysia!

ByBNklfCYAAXCDG.jpg
Mata lebam Anwar ditumbuk ketua polis ketika itu, Abdul Rahim Nor, kini menjadi inspirasi kepada logo parti keadilan rakyat.

Sumber :


Cacatan Editor: Saifuddin Nasution kini merupakan menteri kabinet Dr Mahathir.

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.