(Video di dalam) SUDAH KENA CEKUP!

PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang lelaki berikutan video beliau  yang  mencetuskan ketegangan kaum dan menghina agama islam menjadi tular.

Menurut laporan The Star, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Pembantu Kanan Komisioner, Fadzil Ahmat berkata bahawa laporan mengenai video itu dibuat pada 30 Ogos.

“Laporan itu dibuat berdasarkan video viral lelaki yang menghina Islam. Polis Selangor menahan lelaki berusia 24 tahun itu pada pukul 3.40 pagi Ahad (2 Sep) di Johor Baru.

Suspek berasal dari Kedah, dan tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini. Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian agama.” – Fadzil Ahmat

Video yang berdurasi  2 minit dan 35 itu telah berlegar di media sosial sejak kebelakangan ini.

Di dalam video tersebut, s lelaki yang tidak dikenali itu mengutuk dan menghina mengenai kaum dan agama Islam.  -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.