Guan Eng & Phang Bebas: SPRM terkejut, Netizen kata :”Wayang”!

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

SPRM menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di laman FB SPRM.

Tambah SPRM lagi, keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

Reaksi Netizen.

Walau bagaimanapun, kenyataan SPRM itu ditroll oleh netizen di ruangan komen posting terbabit.

Ahmad Affendi Saya bersama anak-anak kecil saya, serta saudara-mara sahabat handai, juga jiran tetangga turut sama merasa terkejut. Bila mendapat tahu yg sprm terkejut dengan keputusan ini

Smail Nelayan Moden bos sprm skang sampai melelh air mata ati tu,eh meleleh lah air mata tu hari ni lagi

Zelan Mohamad Terkejut biasa2 ke terkejut beruk?

Hairul Anuar Terkejut Acik kau! Rules of Law of the Jungle

Alang Ahmad Mosi Terkejut sebab berjaya bebaskan LGE? Sudahlah jadi pelakon tambahan, senang2kan diri sementara tunggu 5 tahun lagi, lepas tu belajarlah berkebun dan lupakan kwsp, hukuman yang adil dari rakyat

Ibnu Yaacob Al Kuantani Sprm terkejut!
Boss sprm rasanya nak menangis ka tak hari ni?

Ahmad Abdul Jabbar KP tak nangis dah ke 😂😂😂😂😂

Hafizi Harris SPRM wajib siasat PEGUAM NEGARA sekiranya ada unsur-unsur rasuah menyebabkan kesemua kes pemimpin PH ditarik balik!

Rumzi Ramzi boss Sprm kaki wayang

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Georgetown melepas dan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Baca berita asal di sini : Guan Eng, Phang dibebaskan dari tuduhan rasuah

Semenjak kerajaan Pakatan Harapan  melantik peguam negara baharu, Thommy Thomas, kebanyakkan kes mahkamah yang melibatkan  pemimpin PH telah digugurkan. -TTKM-

40573171_10156121386911936_3744819300058267648_n.jpg
Kenyataan SPRM.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.