Georgetown, 4 September: Semalam Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.
Berita tersebut telah menyebabkan kejutan di seluruh negara, malah beberapa pihak kini mendesak peguam negara, Tommy Thomas meletak jawatan kerana menggugurkan kes tersebut.
SPRM pertama sekali mengatakan “amat terkejut” dengan keputusan tersebut dan dengan pantas menuding jari kepada jabatan peguam negara.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.
SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.” – Kenyataan SPRM
Manakala peguam Lim Guan Eng, Ramkarpal Singh pula terkejut “SPRM amat terkejut”. Tambah beliau, tiada apa yang mengejutkan berhubung pembebasan anak guamnya itu sambil menambah terdapat petunjuk jelas bahawa Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud yang juga Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan SPRM sendiri memohon kepada mahkamah untuk menarik balik pertuduhan terhadap Guan Eng

“Adalah tidak masuk akal bagi SPRM untuk ‘terkejut’ dengan perkembangan ini apabila Masri memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia menarik balik tuduhan itu.
“Saya berada di mahkamah pagi ini bersama peguam lain untuk kedua-dua tertuduh, Guan Eng dan Phang Li Khoon dan tidak ada tanda ketidakpuasan hati daripada Masri atau pasukannya (keputusan mahkamah) seperti didakwa pihak SPRM,” – Ramkarpal Singh

Sementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam turut melahirkan rasa terkejut dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah lot tanah dan banglo tersebut.
“Mereka berhak terkejut, saya pun terkejut juga”. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Manakala, Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel pula berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) dan SPRM perlu menjelaskan kepada umum mengenai pembebasan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada pertuduhan rasuah.
Tambah beliau, pembebasan Lim itu bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai kebebasan institusi kerajaan daripada kepentingan parti politik tetapi juga berkenaan keperluan untuk menjelaskan pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.

“(Tan Sri) Mohamed Apandi Ali cukup yakin dengan mengetuai sendiri pasukan pendakwaan terhadap Lim. Tetapi, jika peguam negara pada waktu itu begitu yakin dengan kes tersebut, bagaimana ia boleh dengan mudah digugurkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini? – Cynthia Gabriel
Paling melucukan sekali adalah kenyataan ringkas bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak yang menaikkan hantaran di facebook beliau, bertanyakan adakah hari ini hari terkejut:

Hari ini hari apa? Hari Terkejut? – Najib Razak
Setakat ini, hantaran tersebut telah tular dengan dikongsikan sebanyak 7.5K Shares
1 Comment