“Hukuman sebat di khalayak ramai sukar diterima, penindasan!”- Anwar Ibrahim

Makati City : Tindakan  hukuman sebat dikhalayak ramai tanpa melalui proses dan kefahaman yang betul serta tanpa belas kasihan adalah sesuatu yang tidak boleh diterim dan merupakan penindasan,  kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Astro Awani, Anwar turut berkata, perkara tersebut perlu ditangani dengan berhati-hati kerana akan timbul tuduhan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat terhadap pesalah syariah adalah sebagai anti-Islam.

“Jika anda cuai dalam memberi kenyataan dalam perkara ini, anda akan dilabel sebagai anti undang-undang syariah, anda dilabel sebagai sekular dan sebagainya. Jika perkara ini berlaku akan timbul pergeseran lain dalam kalangan masyarakat Islam,” – Anwar Ibrahim

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Filipina 2018 di Makati City hari ini.

Anwar turut berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan hukuman sebat itu kerana menurut beliau ia merupakan satu bentuk penindasan.

“Jika timbul isu berkaitan kesalahan sedemikian perlu ada satu bentuk penjelasan yang mencukupi, pendedahan atau pendidikan kepada masyarakat,” -Anwar Ibrahim

Semalam, dua wanita masing berusia 32 dan 22 tahun dijatuhkan hukuman sebat enam kali kerana cuba melakukan hubungan seks sesama jenis di dalam sebuah kereta bercermin gelap di Dataran Arena Squre, Dungun, pada jam 1.50 tengah hari, 8 April lalu.

(Baca penerangan terperinci kes oleh TTKM di sini : https://ttkm.com.my/2018/09/04/ini-kisah-sebenar-kes-lesbian-disebat-di-terangganu-yang-ramai-tidak-tahu/ )

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) Enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

Sebelum itu, menteri di jabatan perdana menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa menempelak mereka yang mempertikaikan undang-undang syariah tersebut.

“Selepas dijatuhkan hukuman, kita bagi masa sehingga 14 hari untuk pasangan itu merayu atau meminta hukuman yang lebih ringan.

Tetapi mereka sendiri tidak mahu berbuat demikian malah sanggup untuk menjalani hukuman tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Jadi kenapa mesti ada pihak yang hendak mempertikaikan undang-undang Islam yang kononnya disifatkan zalim atau kejam sedangkan pesalah sendiri tiada masalah malah sedar akan kesalahan mereka dan sedia dirotan,” -Dr. Mujahid Yusof Rawa

Manakala hakim syarie Terengganu, Kamarulazmi Ismail berkata hukuman sebatan itu bukanlah untuk mencederakan sebaliknya adalah pengajaran dan peringatan.

“Janganlah anggap 2 pesalah wanita ini hina, orang yang buruk dan jelik kerana apabila mereka bersedia menerima hukuman ia adalah tanda telah insaf dan sedar atas kesilapan. 

Sebatan dalam syariah bukan untuk mencederakan, menyeksa, dan mengazabkan pesalah. Mudah-mudahan hukuman ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam dan memberi gambaran bagaimana hukuman syariah itu adalah satu hukuman yang berbentuk mendidik dan bukan untuk menyeksa” –   Kamarulazmi Ismail

Anwar Ibrahim disebut sebagai perdana menteri menunggu, tetapi jangkamasa peralihan kuasa itu tidak dinyatakan dengan jelas. Semenjak memenangi presiden PKR tanpa bertanding menggantikan isterinya, Anwar sudah mula mengorak langkah politik untuk memastikan impiannya sebagai perdana menteri ke-8 tercapai dengan mula bersuara menyentuh isu-isu nasional dan politik. -TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.