Ini kisah sebenar kes lesbian disebat di Terengganu yang ramai tidak tahu.

Foto : Bernama

Siapakah pesalah?

Dua wanita berumur 24 dan 32 tahun. Seorang berasal dari Terengganu, seorang lagi dari Pahang.

Bila dan di mana mereka ditangkap?

8 April 2018.  Di parkir Arena Merdeka, Dungun, Terengganu.

Pada jam berapa?

1.50 tengah hari.

Di manakah mereka ketika itu?

Dalam kereta bercermin gelap, di tempat duduk belakang.

Apakah yang ditemui ketika ditangkap?

  • Seluar dalam milik pasangan (dipercayai ditanggalkan)
  • alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu.

Apakah yang dilakukan mereka ketika itu?

Mereka berada di kerusi belakang sedang asyik berasmara.

Mereka didakwa atas akta apa?

Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Seksyen 30:

Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah (persetubuhan diantara perempuan dengan perempuan) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”

Seksyen 59. Percubaan. 

(1) Mana-mana orang yang cuba-

(a) melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubung dengan Hukum Syarak; atau

(b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan,

dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu hendaklah, jika tiada peruntukan nyata dibuat oleh Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Apakah tertuduh mengaku?

Mereka mengaku salah.

Adakah diberi peluang merayu?

Diberikan 14 hari untuk merayu tetapi tidak berbuat demikian.

Apakah hukuman yang dijatuhkan?

Setiap seorang enam sebatan dan denda RM3,300

Adakah sebatan dilakukan secara terbuka?

Tidak, ia dilakukan dalam kamar tertutup.

Dimanakan sebatan itu dilakukan?

Di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Adakah orang awam dibenarkan menyaksikan sebatan?

Ya.

Berapa orang awam menyaksikan sebatan tersebut?

100 orang terdiri daripada wakil media, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil persatuan peguam.

Pengamal media dan orang ramai menunggu untuk memasuki dewan bicara untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua wanita yang melakukan hubungan sejenis di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. – Foto Ghazali Kori, Berita Harian.

Adakah ini kes pertama sebatan disaksikan oleh orang awam di dalam kamar mahkamah?

Tidak. Sebatan syariah tertutup pernah dilakukan di negeri lain.  Ini cuma kes pertama lesbian disebat, dan pertama kali dilakukan di negeri Terengganu.

Grafik dari Malaysiakini

Adakah sebarang rakaman dibenarkan ketika sebatan dilakukan?

Tiada sebarang rakaman dibenarkan. Kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk dalam kamar mahkamah.

Adakah sebatan syariah sama kuat ayunannya dengan sebatan sivil sehingga kulit luka dan terkoyak?

Tidak. Sebatan syariah tidak mencederakan. Ia lebih bertujuan mendidik. Antara peraturan yang ditetapkan ialah orang yang melaksanakan sebat hendaklah menggunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukai kulit pesalah dan bagi pesalah wanita hendaklah dilaksanakan dalam keadaan pesalah duduk.

Ini contoh sebatan syariah di Mahkamah Syariah Tawau, Sabah, yang menggunakan daya minima.

 

Ini pula contoh sebatan sivil yang mengenakan kekuatan maksima sehingga mencederakan kulit sehingga terkoyak dan luka.

Berapakah lama masa diambil untuk kedua-dua pesalah tersebut disebat?

Dalam enam minit.

Apa kata pemerhati yang menyaksikan hukuman sebatan syariah terhadap pasangan lesbian tersebut?

 

“Ia tidak kelihatan kuat dan kami berpuas hati kerana prosedur yang betul telah diikuti di mana rotan tidak memecahkan kulit,” –  Fazru Anuar Yusof,Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syariah Terengganu

“Hukuman ari ini akan memberi gambaran sebenar tentang rotan Syariah. Saya berasa keliru mengenainya sejak kita membayangkan bahawa ia akan menjadi kuat tetapi selepas melihatnya hari ini, ia meletakkan mahkamah Syariah dengan cahaya positif dan isu ini tidak boleh dibesar-besarkan.Penderitaan berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan kemudaratan kepada tertuduh,” – Sallehudin Harun, Pengerusi Majlis Peguam Terengganu, turut mewakili Majlis Peguam.

Apa komen Hakim Syarie Terengganu?

“Janganlah anggap 2 pesalah wanita ini hina, orang yang buruk dan jelik kerana apabila mereka bersedia menerima hukuman ia adalah tanda telah insaf dan sedar atas kesilapan. 

Sebatan dalam syariah bukan untuk mencederakan, menyeksa, dan mengazabkan pesalah. Mudah-mudahan hukuman ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam dan memberi gambaran bagaimana hukuman syariah itu adalah satu hukuman yang berbentuk mendidik dan bukan untuk menyeksa” –   Kamarulazmi Ismail

Apa komen menteri di Jabatan Perdana Menteri?

“Selepas dijatuhkan hukuman, kita bagi masa sehingga 14 hari untuk pasangan itu merayu atau meminta hukuman yang lebih ringan.

Tetapi mereka sendiri tidak mahu berbuat demikian malah sanggup untuk menjalani hukuman tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Jadi kenapa mesti ada pihak yang hendak mempertikaikan undang-undang Islam yang kononnya disifatkan zalim atau kejam sedangkan pesalah sendiri tiada masalah malah sedar akan kesalahan mereka dan sedia dirotan,” Dr. Mujahid Yusof Rawa

-TTKM-

Rujukan :

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/03/duo-in-lesbian-sex-case-whipped-six-times-at-terengganu-syariah-high-court/

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2018/09/03/pasang-lesbian-disebat/

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469228/lesbian-menangis-ketika-jalani-hukum-sebat

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/lesbian-dicekup-alat-sulit-tiruan-lelaki-ditemui-1.820198

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/09/03/hakim-pertahan-hukuman-sebat-gesa-jangan-hina-pesalah-lesbian/

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-pertikai-hukuman-sebatan-syariah-1.740931

1 Comment

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Ini kisah sebenar kes lesbian disebat di Terengganu yang ramai tidak tahu. – AnjangMuor's Travelog
  2. (Video di dalam) "Hukum sebat tak cermin keadilan, beri gambaran buruk tentang islam!" – Kabinet PH | Buletin TTKM
  3. Taubat si Penzina dan kes sebatan di Terengganu | Blog Tinta Petunjuk

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.