Kena ‘kencing’ lagi! Prepaid masih ditolak SST!

Kuala Lumpur, 5 Sept: Netizen mengecam menteri kewangan, Lim Guan Eng kerana setakat hari ini, nilai tambah pra bayar masih dikenakan SST. Ini bercanggah dengan jaminan beliau 3 hari lepas bahawa tambah nilai prabayar akan dikecualikan dari SST. 

Berikut merupakan beberapa komen netizen beserta bukti pembelian:

Faiz Mfa Baru topup rm10 pagi tadi. Kena tolak SST. Apa bodohnya apek lim ni bukan kata dah mansuh sst prepaid serta merta ke??

3.JPG

Ben Alawi Nobita kata dia hamtam saja dulu. Mana doremon ni.. nobita dalam kesusahan ni..

Nur Lyha tak dapat renew data rm30 monthly mcm sebelum2 ni

1

Amir Nikman ade belen sebelum ni min, top up 10 dua kali tak jugak jejak 20.

2.JPG

Hadji Lee Semalam 04/09/2018, topup rm30 kena tax rm1.70haji.jpg

Azizi Adris sebelum ada gst 2014..sst versi bn topup rm10 dpt rm10
bila ada gst topup rm10 jadi rm10.60 dalam beberapa waktu
bila gst tukar ke sst topup rm10 dah tak dpt rm10 balik..aikkk???
ni sst versi ph!!

Malah, di laman fb Kementerian Kewangan, netizen turut memberikan komen :

Basri Ahmad Apa sudah jadi dgn arahan tiada cukai SST kpd kad prabayar telefon tidak diendahkan oleh syarikat pembekal perkhidmatan , sehingga hari ini masih terdapat SST pd prabayar telefon cth Maxis , apabila dibuat pertanyaan kpd Maxis alasan tiada arahan rasmi, jutawan ringgit di ambil macam tu sahaja, kementerian tidak boleh berdiam diri sebelum rakyat menjadi musuh kerajaan PH.

Nur Amalina Athirah Abdullah baru topup td..umobile..still kena potong 6% lg..pihak kementerian mohon pencerahan kenapa still ade ptongan lg

Asrul Torol Nyaleh Td bru topup kene potong sst ckp x kene sst ape benda ni😂😂😂😂😂

Untuk rekod, pada Isnin 3 September, Guan Eng memberi jaminan kepada pembeli kad prabayar bahawa mereka akan menerima jumlah penuh sekiranya mereka tambah nilai kad prabayar telefon bimbit.

“Kami telah keluarkan arahan bahawa kita nak pastikan yang beli kad prabayar RM10 mereka akan dapat RM10. Cukai perkhidmatan enam peratus akan dikredit balik kerana mereka sudah set dalam sistem cukai perkhidmatan.

“Itu masalah teknikal yang tidak sepatutnya berlaku tetapi telah berlaku dan kita akan ‘rebate’ balik akhirnya pembeli akan dapat nilai yang sama. Jadi, janganlah terperangkap dengan pihak yang juga menghasut bahawa telah dapat kurang dari RM10. Ini tidak akan berlaku,” – Guan Eng

Beliau membuat kenyataan tersebut setelah pelbagai pihak terkejut apabila nilai tambah prabayar pada 1 september ditolak 6% cukai SST. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.